Satu perkongsian tentang sebuah kereta Perodua Myvi terbang telah mendapat perhatian warganet kerana kereta jenis itu masih memegang rekod “The King of Road”. Kereta tersebut dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Jalan Indah Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor Bahru dalam jam 3.22 petang 22 Mac 2021.
Menurut sumber, pemandu kereta itu tersepit dan pasukan penyelamat yang dikerahkan ke lokasi kejadian terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa. Selepas mangsa lelaki berkenaan berjaya dikeluarkan, dia kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Jelas dilihat di dalam video berdurasi 33 saat itu, barisan pokok hiasan yang ditanam di tepi jalan rosak akibat rempuhan itu. Kesan kereta tersebut terbabas juga jelas. Perakam juga sempat menunjukkan kereta Myvi itu berada di seberang longkang besar dan menyatakan rasa kagumnya apabila memikirkan keadaan Myvi tersebut berjaya melepasi jarak longkang sebesar itu.
Situasi tersebut telah mengundang persoalan warganet bagaimana kemalangan itu boleh berlaku. Ada seorang warganet memberi komen bahawa dia percaya kereta Myvi itu dipandu dengan kelajuan tinggi sebelum terbabas dan terbang melangkaui longkang besar berkenaan.
Ada beberapa orang warganet memberi komen bahawa situasi seperti ini sepatutnya tidak sesuai untuk dibawa main kerana ia membabitkan nyawa seseorang. Warganet dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika memandu dan memastikan ruangan tempat letak kaki di bahagian pemandu bebas dari segala sisa seperti botol, kasut dan yang sewaktu dengannya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
‘The King Of Road’ Myvi Langgar Ambulans Sehingga Terbalik
Individu Cop Parking Kereta Dikenakan Denda RM2,000!
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS