Site icon Kool FM

Dilaporkan Hilang Beberapa Hari, Mayat Wanita Ditemui Dengan Leher Dijerut

Berita yang agak memilukan apabila mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan lehernya dijerut di sebuah rumah Taman Bangi, Jalan Reko, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima panggilan MERS 999 pada jam 9 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan menjumpai mayat dipercayai seorang wanita warga tempatan.

Hasil siasatan awal mendapati mayat mangsa telah mati lebih daripada 24 jam sebelum ditemukan. Bagaimanapun, penemuan mayat wanita tersebut dalam masa yang sama turut membongkar kes kehilangan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Menurut kronologi kes, Nik Khatijah Nik Mud, 32 tahun, dilaporkan telah hilang dan gagal dihubungi sejak hari Sabtu oleh sahabatnya.

Kemudian, hasil laporan kepada pihak polis, kenderaan milik mangsa ditemui dalam keadaan mencurigakan di Jalan Reko berhampiran dengan sebuah pasar raya. Sementara itu, laporan mengenai kehilangan Nik Khatijah turut tular di media sosial semalam dan mula mendapat perhatian wargamaya. Tidak lama selepas itu, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki yang menemui mayat seorang wanita di sebuah rumah Taman Bangi. 

Hasil siasatan, polis mengesahkan mayat wanita yang ditemui dalam keadaan leher dijerut itu ialah Nik Khatijah Nik Mud. Sementara itu, Pertubuhan Ikram Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah yang juga Pengurus Jabatan Advokasi badan bukan kerajaan (NGO) itu.

https://ikram.org.my/berita/kenyataan-media/item/4332-pemergian-almarhumah-nik-khatijah.html

Kenyataan
Pertubuhan IKRAM…

Posted by Pertubuhan IKRAM Malaysia on Monday, March 8, 2021

“Takziah kepada seluruh keluarga Almarhumah, warga kerja Ibu Pejabat Ikram dan ahli-ahli Ikram Kajang, semoga dikurniakan kesabaran dan ketabahan atas pemergian ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Tentu ini menjadi satu berita yang amat menyedihkan dan mengejutkan buat keluarga Allahyarhamah yang juga merupakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Bagaimanapun, menurut adik mangsa,  Nik Nurul Akhmal Nik Mud, mereka sekeluarga belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan mengenai tragedi tersebut buat masa ini. 

Pihak polis turut berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Baca juga artikel menarik lain:

YouTuber Maut Ditikam Bertubi-Tubi Akibat Permainkan Hati Kekasihnya Sendiri

Anak Kembar Mula Mengaji, Sheikh Muszaphar Mahu Anak Khatam Seawal Umur 6 Tahun

Sumber berita: Harian Metro

Exit mobile version