Site icon Kool FM

Dituduh Sudah Berkahwin, Caprice Terima Panggilan ‘Bomoh’ Mengamuk

Dua tahun lepas pernah tular isu penyanyi rap Caprice yang dikatakan terdapat individu ingin berniat jahat terhadap dirinya dengan menghantar benda ‘tidak baik’.

Kejadian tersebut dihidu apabila dia baru saja balik dari tonton filem tiba-tiba terjumpa pelesit yang sudah mati dan terbakar dengan rambut terkeluar daripada badannya.

Kini lain pula episod apabila seorang lelaki yang dikenali Pakcik Rawang Nasir pada awalnya mengubungi Caprice atas tuduhan penyanyi berusia 33 tahun pernah berkahwin dengan anak gadisnya.

May be an image of ‎phone, screen and ‎text that says "‎x و 23:03 = R Pakcik Rawang 02:47 Nasir 449%‎"‎‎

Menurut kapsyen pada posting tersebut, pertanyaan yang diajukan berkenaan latar belakang adalah kerana untuk proses pukau melalui telefon bimbit.

“Bomoh Koyak tak puas hati telefon saya tadi. Dia tuduh saya kahwin dengan anak dia tanpa bagi tahu dia. Sangat-sangat bahaya. Nasib baik kali ni ustaz Caprice yang angkat panggilan tu,” tulisnya.

Dalam pada masa yang sama juga, Caprice turut meminta orang ramai tampil membantu dirinya untuk menyingkirkan individu bomoh tersebut sekiranya ada jalan penyelesaian.

Abang Caprice kita ni hot sangat sampai ramai nak jatuhkan dia. Semoga Caprice sentiasa dilingungi oleh-Nya.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Kenapa Tak Beritahu Awal-Awal?” – Caprice Lontar Pendapat Isu Misi Bantuan Ebit Lew Dihentikan

Reaksi Caprice Tentang Isu Solat Di Lorong Kecemasan Undang Pertikaian Netizen

 

 

 

 

Sumber: instagram

Exit mobile version