Apabila dikurniakan anak adalah satu anugerah yang tiada bandingnya. Ia merupakan setiap impian pasangan suami isteri setelah mendirikan rumah tangga. Ada pasangan yang sudah lama bersama tetapi belum ada rezeki anak lagi, namun ada juga pasangan yang dimurahkan rezekinya untuk ada anak yang ramai.
Situasi anak ramai ini terjadi kepada seorang wanita apabila dia difahamkan telah melahirkan bayi kembar bukan sepasang tetapi 10 orang bayi kembar baru-baru ini. Bayi kembar 10 dipanggil decuplets ini telah dilahirkan menerusi satu proses pembedahan ke atas ibunya.
Baca artikel menarik lain: “Kau Tak Payah Nak Sekolahkan Aku..” – Lana Nordin Berang Dengan Netizen Yang Hanya Pandai Bercakap

Menurut laporan laman berita United Press International semalam , ibu kepada 10 orang bayi kembar ini dipercayai pemegang Guinness World Records baharu kerana melahirkan bayi paling ramai. Si ibu bernama Gosiame Thamara Sithole melahirkan bayi-bayi tersebut di Hospital Pretoria, Afrika Selatan.
Suaminya, Teboho Tsotetsi kemudian berkongsi cerita bahawa selepas menjalankan pembedahan, mereka terkejut apabila mendapati sebenarnya terdapat 10 orang bayi dalam kandungan Sithole kerana sebelum ini doktor asalnya menjangkakan mereka bakal menjadi ibu bapa kepada bayi kembar lapan.

Teboho juga sempat menjelaskan bahawa isterinya hamil secara semula jadi tanpa menjalani sebarang rawatan kesuburan. Sementara itu, Timbalan Ketua Fakulti Perubatan di Universiti Sains Kesihatan Sefako Makgatho, Profesor Dini Mawela berkata, keadaan itu adalah sesuatu yang jarang berlaku untuk seorang wanita hamil dengan bilangan kembar yang ramai tanpa menjalani sebarang rawatan kesuburan.
Bayi-bayi yang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan itu terpaksa dilahirkan ketika kandungan berusia tujuh bulan tujuh hari kerana bimbang akan risiko tersebut jika mereka dibiarkan berada di dalam rahim lebih lama. Keadaan di mana bayi-bayi tersebut tidak mempunyai ruang yang cukup di dalam rahim ibu, akan membawa kepada risiko mereka bersaiz lebih kecil daripada biasa.
Baca juga: Kecewa Difitnah Mempunyai ‘Cable’ Untuk Terima Vaksin, Nabila Huda Perjelaskan Isu Sebenar
Sumber: Kosmo