Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Sembelih Dan Makan Anjing, Festival Daging Anjing Yulin Cipta Kontroversi

today26 June 2021

Background

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita bahawa Festival Daging Anjing di Yulin masih diteruskan sedang dunia masih lagi berperang dengan wabak pandemik . Festival ini mendapat tentangan daripada aktivis di China bukan hanya kerana keadaan gawat dunia yang diserang virus yang masih mengganas tetapi kerana ini adalah satu bentuk kekejaman terhadap haiwan.

Baca juga: Telefon Di Klinik Haiwan Tidak Berhenti Berdering Gara-Gara Berita Palsu Kucing Pembawa Virus Covid-19

Jika anda nak tahu, festival ini mula dianjurkan sejak lebih sedekad yang lalu. Festival ini berlangsung selama 10 hari dari 21 Jun sehingga 30 Jun setiap tahun. Beribu-ribu anjing akan dikorbankan semasa festival ini. Tahun ini 5,000 haiwan berkenaan dikorbankan namun tahun lepas angka korban haiwan ini mencecah hampir 10,000 ekor.

Tak dapat dibayangkan bagaimana beribu-ribu anjing ini dikorbankan. Kebanyakkannya disembelih hidup-hidup dan ada juga yang dibunuh dengan cara yang lebih zalim. Cara pengendaliannya pun tidak mengikut peraturan kebersihan yang ditetapkan.

Foto: AFP

Dari mana datangnya anjing-anjing ini? Haiwan ini diambil dari merata tempat dalam negeri China tanpa mengira jenis. Malah, anjing liar dan anjing peliharaan turut menjadi sasaran dan mangsa kepada kegiatan tidak berperikemanusiaan ini.

Acara ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk menarik minat pelancong namun ia bukanlah acara rasmi negara. Acara ini hanya dilakukan di Yulin iaitu sebuah bandar di China. Mereka akan melancarkan acara ini pada musim panas. Apa yang lebih mengejutkan, upacara makan anjing adalah budaya yang telah diamalkan oleh penduduk di situ sejak 400 tahun yang lalu. Namun, festival ini mula wujud pada tahun 2009.

Makan anjing adalah satu tradisi di China malah mengikut kepercayaan mereka memakan anjing pada musim panas akan membawa tuah dan kesihatan yang baik. Ada juga yang percaya bahawa daging anjing boleh melawan penyakit dan meningkatkan prestasi seksual lelaki.

Memakan daging anjing bukanlah sesuatu yang diharamkan di China. Namun, peredaran masa dan perkembangan dunia mengubah persepsi dan kelakuan rakyat di sana. Kini, aktivis haiwan, selebriti dan belia di China mula bersikap lebih vokal di media sosial mengenai isu ini. Ramai yang sudah mula merasakan tradisi ini tidak patut lagi diamalkan kerana zaman yang berbeza serta kini ramai penduduk sudah mula mengambil anjing sebagai haiwan peliharaan yang sangat disayangi.

Adakah acara ini akan dihentikan dan diharamkan oleh kerajaan seperti yang dimahukan oleh para aktivis di sana? Kita juga tidak tahu namun kita harapkan agar isu yang mendapat perhatian ramai ini segera diselesaikan.

Baca juga: Pembunuhan Kejam Junko Furuta Diumpamakan Seperti 44 Hari Dalam Neraka!

Sumber: IndependentBerita Harian

Written by: Danisyah Dalily


Previous post