Musim panas ini banyak haiwan dan reptilia pindah cari ‘rumah’ baru. Bau-baru ini seorang suri rumah dikejutkan oleh seekor ular sawa apabila dia melihat ular sawa tersebut ‘teman’ anaknya berusia dua tahun tidur. Anaknya yang sedang tidur lena tidur tidak menyedari kejadian tersebut di mana ular sawa tersebut sempat berlingkar pada bahunya.
Kejadian tersebut bagaimanapun disedari oleh ibunya Nurul Fatehah Amran yang kebetulan masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian anaknya yang sedang tidur sebelum melihat ular sawa sepanjang satu meter berada di bahu anaknya. Kejadin ini berlaku di sebuah rumah di Kampung Gangsa Durian Tunggal, pada Sabtu lalu, 6 Mac 2021.

Menurut suri rumah itu, walaupun dia berasa takut tetapi dia beranikan diri dan terus mengangkat anaknya. Wanita itu kemudiannya memanggil suami serta abangnya yang berada di rumah sebelum bertindak membuat panggilan kecemasan kepada pihak berwajib. Wanita itu juga sempat luahkan rasa syukur kerana anaknya tidak mengalami kecederaan.
Ular sawa seberat enam kilogram tersebut berjaya ditangkap anggota Pertahanan Awam. Difahmkan empat anggota dikejarkan lokasi untuk operasi menangkap ular selepas menerima panggilan kecemasan pada malam tersebut. Mereka kemudiannya dapati ular sawa masih berada di bawah bantal dan mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit menangkapnya sebelum ia dilepaskan ke habitat asal jauh dari kawasan penempatan manusia.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Dua ular sawa ditangkap di Taman Botanik
Wanita Ini Terpaksa Selamatkan 14 Ekor ‘Ular Sawa’ Disebabkan Banjir, Tapi Rupa-Rupanya…
Sumber: Sinar Harian