Musim durian kembali! Siapa yang sukakan durian, inilah musim buah yang paling dinantikan. Namun siapa sangka buah tempatan Malaysia iaitu durian Musang King turut mendapat permintaan tinggi di negara jiran, Indonesia yang sanggup membelinya dengan harga tidak masuk akal.
Terbaru, ada dua wanita di Jakarta sanggup membeli raja buah itu pada harga 7 juta rupiah iaitu lebih kurang RM2,009 hanya untuk dua biji Musang King. Berbaloi ke? Perbuatan dua wanita itu tular selepas video yang dimuat naik di akaun TikTok @siscakohl yang menyatakan dia membeli durian itu dengan harga tersebut di sebuah pasar raya di Jakarta Pusat.

Menerusi video tersebut, wanita itu menjelaskan dia akan review tentang rasa Musang King yang harganya luar biasa. Difahamkan, wanita itu telah memanggang isi durian tersebut dan dan meletakkan lapisan emas yang boleh dimakan ke atas isi durian itu untuk menyesuaikan ia dengan harganya.
Harga tidak munasabah itu telah mengundang pelbagai reaksi dari warganet. Ada yang terkejut ekoran kesanggupan wanita itu berhabis demi Musang King. Mungkin hanya peminat tegar durian akan memahami situasi ini. Turut memeriahi ruangan komen, ada juga yang menyatakan harga daging yang berharga lebih RM10 pun dia akan fikir dua kali untuk membeli.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Projek tanaman durian diarah henti Julai 2020
Seludup PATI bersama durian Musang King
Sumber: Kosmo