Kool FM

Guna Najis Lembu Sebagai ‘Penawar’ COVID-19 – Ini Respon Doktor Pakar

Penularan wabak COVID-19 di negara India telah mencapai tahap kritikal dan semakin tidak terkawal di mana kes positif telah mencecah sehingga 25.77 juta dikesan di seluruh negara dan sebanyak 287,122 kes kematian direkodkan. Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook mengenai segelintir penduduk di Gujarat, India yang menggunakan ‘najis’ lembu sebagai penawar untuk membendung wabak COVID-19.

Menurut laporan berita antarabangsa, difahamkan tindakan segelintir penduduk di barat India ini mempercayai najis lembu boleh menguatkan sistem imunisasi badan mereka sebagai salah satu usaha untuk membanteras virus COVID-19. Tambahnya lagi, aktiviti ritual seperti ini berlaku setiap seminggu sekali di mana mereka akan melumur najis lembu dan air kencing di seluruh badan, tangan dan muka kemudian dibilas menggunakan susu lembu.

Baca juga: “Ramai Tak Nak Buat Swab Test” – Penduduk Kampung Dikatakan Degil, Terpaksa Pergi Rumah Ke Rumah Buat Ujian Calit

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Kesihatan India, Dr. JA Jayalal berkata tiada bukti saintifik yang dapat membuktikan ‘keberkesanaan’ penggunaan najis lembu atau air kencing lembu sebagai langkah untuk mencegah wabak COVID-19 menular dalam kalangan komuniti. Malah, amalan ini mengundang risiko penularan penyakit lain daripada najis lembu kepada manusia yang digelar ‘Mucormycosis‘ (sejenis fungal yang merbahaya).

Pengusaha ladang lembu, Shree Swaminarayan Gurukul Vishwavidya (SGVP) berkata seramai 15 orang akan datang ke ladang ini pada setiap hari Ahad untuk menjalani ‘ritual’ ini yang bertempat di Ahmedabab, Gujerat. Tambahnya lagi, ladang ini mempunyai sebanyak 200 ekor lembu.

Walaupun begitu, umum mengetahui masyarakat India mempunyai kepercayaan keagamaan yang menganggap haiwan lembu sebagai simbol kesucian penduduk India Hindu. Mereka telah lama mengamalkan penggunaan najis lembu dalam ritual keagamaan seperti membersihkan rumah kerana dipercayai mempunyai unsur terapi dan antiseptik. Selain itu, situasi ini juga dilihat amat merisaukan masyarakat India dek kerana berupaya untuk menyumbang kepada penularan wabak COVID-19 kerana melibatkan orang ramai berkumpul tanpa mempratikkan penjarakan fizikal.

Baca juga: “Alhamdulillah Sekarang Semua Kembali Normal” – Kongsi Tradisi Unik Buka Puasa, Brunei Dilihat Bebas COVID-19

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Reuters, Outlook India 

Exit mobile version