Kool FM

Guru Muda Tidak Sengaja Rakam Rampasan Kuasa Di Myanmar Ketika Menari Lagu ‘Bang Jago’

Seluruh negara Myanmar telah diisytiharkan darurat selepas Angkatan Tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa dengan menahan Kaunselor Negara, Cik Aung San Suu Kyi, Presiden Myanmar, U Win Myin dan beberapa pegawai kanan dari parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD). Oleh itu, semua agensi penyiaran dan sistem telekomunikasi di sana telah disekat. Rakyat Myanmar hanya bergantung dengan stesen penyiaran milik tentera, TV Myawady untuk mengetahui perkembangan semasa.

Bagaimanapun, tular sebuah video di seluruh dunia selepas seorang wanita tanpa sengaja terakam situasi sewaktu rampasan kuasa tersebut sedang berlaku di Parlimen Myanmar.

တေယာက္ျဖဴရင္ အားလုံး လိုက္ျဖဴ
တေယာက္မဲရင္ အားလုံး လိုက္မဲ
တေယာက္ဆဲရင္ အားလုံးလိုက္ဆဲတတ္တဲ့…

Posted by Khing Hnin Wai on Monday, 1 February 2021

Wanita tersebut merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani bernama Khing Hnin Wai. Menurut laporan, guru tersebut sedang merakam video senamannya sambil diiringi lagu yang sedang hangat di Tiktok dan negara jiran Indonesia iaitu Ampun Bang Jago ciptaan dan nyanyian Jonathan Dorongpangalo (Tian Storm) dan Everly Salikara (Everslkr). Amboi, jauh lagu Bang Jago pergi..

Difahamkan guru itu sebenarnya kerap lakukan senaman berhampiran bangunan kerajaan tersebut. Tetapi,  semalam nasibnya baik dapat merakam ketibaan kenderaan tentera Tatmadaw yang kelihatan di belakangnya sedang menuju ke banguman Parlimen Myanmar untuk melakukan rampasan kuasa sambil bersenam.

Justeru itu, video miliknya kini tular ke seluruh dunia dan pastinya lagu berkenaan begitu cocok memandangkan liriknya seolah bercerita tentang ‘kekuasaan seseorang’.

Guru ini menegaskan bahawa video tersebut dirakam secara kebetulan kerana dia sudah biasa lakukan senaman ditempat tersebut. Tambahnya, ketika kejadian dia juga sempat disapa seorang pegawai atasan polis yang bertanya adakah dia akan pulang sebaik selesai bersenam. Semasa asyik bersenam, dia sebenarnya sedang diperhatikan pihak tentera dan ada yang mengacukan senjata mereka kepadanya dari jauh.

Sebagai bukti yang dia sering bersenam disitu, guru ini telah memuat naik beberapa video yang memperlihatkan dia di tempat yang sama sedang melakukan senaman berkenaan dengan lagu yang berbeza. Satu kebetulan yang membuahkan hasil buat guru ini kerana dengan perkongsiannya, telah  berkongsi suatu kejadian yang benar berlaku di sana.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tentera Myanmar Isytihar Darurat Setahun, Kini Myanmar Dikuasai Junta Tentera

Pekerja Myanmar maut dihempap kren terbalik

 

 

Sumber: Facebook Khin Hnin Wai

Exit mobile version