Baru-baru ini tular dengan isu sebuah syarikat perkhidmatan kurier dan penghantaran barang, J&T Express di mana mereka dikatakan telah mengubah sistem pembayaran komisyen yang kini menjadi berat sebelah.
Difahamkan lagi, jika staf bahagian penghantar barang tidak menghantar barang lebih 1200 parcel, syarikat tersebut akan menolak elaun komisen mereka dan sistem ini akan dilaksanakan bermula bulan Januari ini.
Susulan daripada itu, semalam tular sebuah rakaman video dimuat naik menerusi ciapan twitter menunjukkan barang pelanggan yang menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut dalam keadaan hancur dan langsung tidak boleh digunakan lagi.
Malah, menurut penerangan menerusi video itu lagi, pekerja penghantaran syarikat J&T Express membuat perangai kerana pihak atasan sudah mula menolak komisen mereka hampir RM1,000.
Serious la j&t? Disebabkan isu komisen staff habis barang customer. Siapa guna j&t kalau barang tak sampai lagi baik korang pergi check.
Source: Aie spin pic.twitter.com/pfpvhXl0YD
— 𝒜𝒷𝑒 𝒿 (@iamajayrahman) January 26, 2021
Menjengah ruangan komen pada posting tersebut, rata-rata netizen meletakkan kesalahan kepada peniaga dan bukan syarikat perkhidmatan kurier tersebut.
Ini kerana, peniaga tidak menggunakan bungkusan yang baik ketika proses penghantaran sehingga menyebabkan kesemua pembelian pelanggan hancur dan rosak teruk.
Malah, ada juga yang meletakkan gambar contoh bungkusan selamat yang dikhaskan untuk menghantar barang yang mudah rosak atau pecah.

Tidak kira salah siapa, kami harap agar perkara dapat menyelesaikan isu ini dengan baik supaya dapat menguntungkan semua pihak.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Pin pin! Baby Awak Dah Sampai..” – Kisah Bayi Di Hantar Melalui Pesanan Pos
Wanita Dakwa KKM Jadi Punca Dirinya Terdedah Wabak Positif COVID-19
Sumber: twitter