Setiap wanita di saat mahu melahirkan akan mengalami proses bersalin yang berbeza-beza. Ada yang akan laluinya dalam tempoh yang pendek dan ada juga terpaksa menahan kesakitan lebih 24 jam. Namun, setelah lahirnya bayi comel tersebut si ibu seakan lupa kesakitannya selepas melihat wajah anaknya itu.
Baru-baru ini tular kisah seorang wanita dari Britain mendakwa dirinya telah mencatat masa bersalin paling pantas kerana dia hanya memerlukan 27 saat sahaja untuk melahirkan anak ketiganya. Menurut laporan akhbar The Sun, wanita bernama Sophie Bugg berkata anak ketiganya, Millie lahir tanpa sebarang petanda semasa dia berada di dalam tandas di rumahnya baru-baru ini.
Saya dapat rasakan kelahiran ini paling pantas di dunia, hanya 27 saat dan sekali teran.
Saya sendiri seperti tidak percaya ia berlaku,” katanya.
Artikel menarik lain: “Ibu-Ibu Memang Macam Ni Eh?” Wawa Zainal Terharu Kali Pertama Anak-Anak Beri Kad Ucapan Hari Ibu

Apabila Sophie selesai melahirkan anaknya itu, pasukan paramedik tiba di rumahnya di Basingstoke, England tidak lama selepas itu. Sophie bersama bayinya kemudiannya terus dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Tambah Sophie, ketika kejadian dia tidak menyangka bahawa dirinya akan bersalin kerana air ketubannya tidak pecah dan tiada sebarang kontraksi berlaku.
Difahamkan Sophie mahu menghubungi Guinness World Records bagi mencatatkan rekod masa kelahiran yang dianggap terpantas di dunia itu. Jelas Sophie proses bersalin dua anak sebelum ini juga sangat cepat iaitu 12 minit untuk yang anak sulung dan 26 minit bagi anak kedua. Bagaimanapun, Sophie sedikit terkilan tidak sempat merasai detik yang biasa dilalui para ibu sebelum bersalin.
Baca juga: Wanita Ditembak Mati Gara-Gara Tolak Ajakan Untuk Bernikah!
Sumber: Kosmo