Site icon Kool FM

Harga Roti Gardenia Naik Bermula 1 Disember 2020

Penggemar roti mungkin akan terkesan dengan berita ini. Syarikat Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. (GBKL) menaikkan harga beberapa produknya yang terpilih bermula hari ini, 1 Disember 2020. Beberapa produk keluaran GBKL bakal menyaksikan peningkatan harga sehingga RM0.20 sen.

Menurut GBKL, peningkatan harga itu bermula dari RM0.05 sen melibatkan produk roti seperti Gardenia Squiggles – Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll – Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans dan kenaikan harga RM0.20 sen pula melibatkan produk roti seperti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries.

Harga roti Gardenia naik

Katanya, keputusan menaikkan harga produk tersebut adalah kerana kenaikan harga bahan mentah terkini dan penghasilan yang melangkaui kawalan sehingga menyebabkan syarikat tiada pilihan kecuali menaikkan harga.

“Semakan harga ini dibuat kerana kenaikan harga bahan mentah seperti sayur, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

“Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Namun, GBKL pada masa sama berkata tiada peningkatan harga bagi produk lain keluaran syarikatnya.

Tambah GBKL, fokus mereka ialah untuk mengoptimumkan produktiviti dan keberkesanan bakeri mereka dan kenaikan harga produk ialah pilihan terakhir setelah semua usaha memaksimumkan keberkesanan operasi sudah diambil.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Manis-Manis Lemak! Jom Sarapan Dengan Roti Telur Kaya

3 peniaga OKU jual roti kukus di Taman Temerloh Jaya

 

 

Sumber: Kosmo

Exit mobile version