Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Ibu Bapa Kahwinkan Anak Kembar 5 Tahun Kerana Percaya Mereka Adalah Pasangan Kekasih

today8 March 2021

Background

Setiap agama mempunyai kepercayaan mereka tersendiri termasuk juga untuk agama Buddha yang dianuti kedua pasangan suami isteri ini. Kejadian yang berlaku di Thailand, sepasang adik-beradik kembar lelaki dan perempuan berumur 5 tahun telah dikahwinkan kerana ibu bapa mereka percaya anak kembarnya itu adalah jodoh dalam kehidupan lampau.

Pasangan kembar yang bernama Washirawit Bee Moosika dikahwinkan dengan adik kembar perempuannya, Rinrada Breem di kediaman mereka di bandar Nakhon Si Thammarat, Khamis lalu. Pasangan ibu bapa, Weerasak dan isterinya, Rawadee, berpegang kepada kepercayaan bahawa semua pasangan kembar yang dilahirkan di dunia merupakan pasangan kekasih daripada kehidupan lampau yang terpisah dan tidak sempat berkahwin.

Difahamkan, mereka juga percaya bahawa perkahwinan anak kembar mereka itu dapat mengusir nasib malang atau ‘karma’ daripada kehidupan. Tambah Rawadee, pada mulanya dia sangat bersyukur dikurniakan anak kembar namun dia bimbang ada ‘sesuatu’ daripada kehidupan lampau yang akan mengekori mereka.

Oleh itu, mereka percaya bahawa pasangan kembar ini perlu dikahwinkan untuk membuang nasib buruk tersebut. Tambah laporan, majlis perkahwinan kedua anak kembar itu mengikut upacara perkahwinan tradisional Thailand dan dipenuhi dengan perarakan dan tarian.

Weerasak bagaimanapun berkata dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa mengahwinkan anak kembarnya itu mengikut kepercayaan agama dianutinya. Tambah Weerasak, jika dia tidak berbuat demikian, salah seorang daripada mereka akan jatuh sakit.

Weerasak juga menjelaskan pasangan kembar itu tidak akan menjalani kehidupan sebagai suami isteri normal dan perkahwinan tersebut diadakan hanyalah bagi tujuan adat sahaja untuk memastikan keselamatan kedua-dua anak kembarnya itu. Weerasak sempat berkata bahwa mereka tidak rugi apa-apa pun jika mengikut adat ini.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gadis Bawah Umur Panjat Papan Iklan Tak Nak Kahwin Paksa

“Ini Baru Betul Kita Panggil Pengantin COVID..” Pasangan Berkahwin di Pusat Rawatan Covid-19

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

Written by: Adinna


Previous post