Kool FM

Ibu Makan Uri Anak Untuk Cepat Pulih Selepas Bersalin

Pelik tapi ia benar berlaku! Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila seorang wanita, Ketrina Hill, bertindak untuk memakan uri anak keduanya. Menurut laporan, si ibu telah menjadikan uri tersebut sebagai salah satu hidangan terkenal Mexoco iaitu burrito.

Kejadian yang berlaku di kediamannya di Cambridgeshire, England, mendapat perhatian ramai apabila Ketrina berkongsi gambar uri anaknya itu dipotong menjadi bentuk kiub kecil memasaknya bersama-sama daging sebelum digaul dengan keju serta krim masam. Ia kemudian dijadikan hida­ngan burrito.

Ketrina menjelaskan dia memakan kedua uri anak-anaknya kerana ia dikatakan membantu mempercepatkan proses pulih selepas bersalin. Ibu baru itu pada mulanya mahu menjadikan uri anak-anaknya di kapsulkan dalam bentuk pil namun kos proses pengkapsulan agak tinggi di sana. Oleh itu, dia mengambil langkah berani untuk memasaknya sendiri.

Tambah Ketrina, uri anak pertamanya dijadikan bersama daging cincang bersama cili dan dia bangga dapat menghabiskan hidangan uri-uri tersebut. Dia juga turut berkongsi rasa uri itu dan menurutnya uri memiliki ‘rasa daging’ yang kuat. Ketrina bertindak untuk memakan uri anak keduanya juga selepas dia berasa sihat dan pulih dengan cepat setelah memakan uri anak pertamanya.

Bagaimanapun, terdapat satu kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Northwestern, England pada 2015 membuktikan bahawa perbuatan memakan uri tidak mendatangkan sebarang manfaat dari segi saintifik, namun trend itu terus popular.

Uri mengandungi zat besi dan vitamin B6 dan B12, serta estrogen dan progesteron, kedua-duanya hormon postpartum penting. Hormon-hormon ini boleh membantu melawan kemurungan selepas bersalin dan insomnia pada ibu baharu, di samping meningkatkan kuantiti susu dan melegakan kesakitan selepas melahirkan bayi.

Tetapi terdapat Risiko daripada makan uri kerana ia mungkin tercemar, anda mungkin sukar untuk menjadikannya ‘makanan selamat’ dan anda juga mungkin tidak mendapat manfaat yang anda inginkan atau anda mungkin tidak sukakan rasanya. uri adalah kaya dengan darah oleh itu ia mungkin akan memberikan rasa yang agak memualkan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Mata Budak Perempuan Dicungkil, Lidah Dipotong Sebelum Dimakan Oleh Ibunya

Kejam! Seorang Ibu Paksa Anak Dan Anak Buahnya Makan Daging Liar

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

 

Exit mobile version