Berita baik buat kaum ibu yang sedang hamil dan juga sedang menyusukan anak dalam perkembangan berkaitan program vaksinasi COVID-19. Menerusi perkongsian di Twitter Khairy Jamaluddin, beliau mengumumkan golongan terbabit kini boleh memasukkan beberapa butiran berkaitan status kandungan mereka seperti tahun dan bulan jangkaan kelahiran anak.
Pregnant & breastfeeding mothers can now update their status on MySejahtera. You can enter the month & year of delivery or breastfeeding status. Your appointment will be based on the vaccine that is suitable for you at a particular PPV. pic.twitter.com/Q46TWJJBVj
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) June 2, 2021
Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) memaklumkan vaksin yang bersesuaian akan diberikan buat mereka yang sedang hamil dan menyusukan anak.
“Janji temu anda akan bersandarkan vaksin yang sesuai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu,” katanya menerusi Twitter, hari ini.
Jadi sekiranya anda termasuk dalam golongan terbabit, tidak perlu risau lagi dan ragu-ragu untuk mengambil vaksin ini. Butiran berkaitan kandungan dan status penyusuan akan disertakan di bawah kemas kini alamat rumah, dalam ruangan vaksinasi di aplikasi MySejahtera. Boleh kemas kini status anda di situ. Tapi ini untuk yang mengandung dan juga menyusukan anak ye. Kalau anda tidak tergolongan dalam golongan itu, tidak perlu kemas kini.

Dalam perkembangan lain pula, Khairy turut memaklumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperakui keberkesanan vaksin Sinovac. Ia sudah diiktirafkan selamat dan menepati standard antarabangsa dari segi keselamatan, keberkesanan dan pengeluaran. Jadi tunggu apa lagi, buat ibu mengandung dan menyusukan anak jom daftar untuk dapatkan vaksin COVID-19.
Sumber daripada: Twitter & Berita Harian