Terdahulu pernah kecoh isu kotak parking kereta dalam pusat beli-belah apabila seorang individu kelihatan berdiri dalam kotak parking kereta kononnya kotak parking tersebut sudah dicop.
Kini lain pula jadi apabila terdapat sebuah kawasan perumahan kelihatan kotak parking diletakkan barang sebagai tanda sudah dimiliki pemilik rumah tertentu dan tidak boleh diambil walhal parking tersebut untuk orang awam.

Perkara ini diketengahkan menerusi posting Penang Netizen. Menerusi posting tersebut, perbuatan cop parking merupakan kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Malah, kesalahan ini juga boleh membawa penalti tidak lebih Rm2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan.



Lepas ni berhati-hati okay? Melainkan parking kereta tu adalah hak milik anda.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Penjual Lokan Terkejut Jutawan Datang Beli Lokan Naik Helikopter Parking Depan Tangga Rumah
“Tinggal Baby Sendirian Di Ruang Tamu” – Pembantu Rumah Larikan Diri, Emma Maembong Beri Pesanan
Sumber: facebook