Mungkin belum terlambat bagi seorang wanita untuk membela nasib suaminya yang dituduh membunuh apabila dia bangkit semula daripada ‘mati.’ Seorang wanita di China yang disangka telah mati dilaporkan ‘bangkit’ semula bagi membela nasib suami yang didakwa membunuhnya.
Kes ini tentunya memeningkan pihak polis dan menimbulkan kekeliruan apabila lelaki yang bernama Wang dari Xuyi, wilayah Jiangsu di timur China menyerah diri dengan membawa ‘mayat’ isterinya. Lelaki tersebut mendakwa dia telah menyebabkan kematian isterinya itu.
Namun perkara mengejutkan berlaku apabila wanita tersebut tiba-tiba dilihat ‘hidup’ semula setibanya mereka di balai polis berkenaan. Isteri Wang yang hidup semula itu kemudian merayu kepada polis supaya menarik kes dan tidak mendakwa suaminya kerana yakin lelaki itu tidak berniat ‘membunuhnya’.
Menurut laporan, pasangan tersebut dilihat kerap bertengkar kerana masalah kewangan teruk yang dialami mereka. Selain itu, Wang turut dilaporkan menderita penderaan dan keganasan rumah tangga daripada isterinya dalam tempoh lama. Jadi pada 5 Februari lalu, Wang mendakwa telah menjerut leher isterinya dengan wayar di rumah mereka.

Selepas beberapa saat, Wang mendapati isterinya sudah tidak ‘bernyawa’ dan terus membawa ‘mayat’ isterinya itu ke balai polis untuk dia menyerah diri. Namun seperti satu keajabian berlaku apabila isterinya itu tiba-tiba bangkit daripada kematian. Menurut wanita tersebut, dia sebenarnya cuma pengsan dan menjelaskan kepada polis, penyakit dialaminya, hipoglisemia membuatkannya pengsan.
Bagaimanapun rayuan isteri Wang untuk membebaskannya daripada dakwaan itu tidak berjaya, apabila Wang baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana melakukan ‘pembunuhan’ itu dengan sengaja.
Baca juga artikel menarik lain:
Ikan Puyu Bukan Pendinding Untuk Elak Dipukau. Ini Amalan Elak Jadi Mangsa Pukau
Akibat Bapa Sering Campur Syabu Dalam Susu Sejak Kecil, Kanak-Kanak Ini Ketagih Mencuri
Sumber daripada: Harian Metro