Sejak 1800 sehingga 2021, sebahagian manusia menolak vaksinasi kerana mempertikaikan kebersihan, keselamatan dan melanggar hukum agama. Kononnya, jika diambil akan memburukkan lagi kesihatan.
Tapi, ada satu lagi cerita viral yang lebih menarik yang diambil dari ciapan twitter tentang perkongsian seorang barisan perubatan yang menceritakan seorang suami tidak mahu isterinya dibius ubat tahan sakit walaupun kandungan si isteri sudah berusia 40 minggu 8 hari dan akan mengalami komplikasi jika tidak disegerakan perbedahan.

Menjengah ruangan komen, ada warganet ingin mengetahui apakah kisah selanjutnya. Adakah akhirnya dibius juga atau si ibu memang benar-benar dibedah hidup-hidup?
Malah, ada juga yang bertanyakan apakah pengakhiran situasi cemas tersebut? Adakah suami tersebut berang kerana doktor dan jururawat berdegil untuk menyuntik bius?
Dalam masa yang sama pada ruangan komen posting tersebut, ada juga yang memberi pendapat bahawa bius tidak baik untuk saraf dalam jangka masa panjang kerana kononnya perbedahan tanpa bius lebih cepat baik.
Lebih terkejut lagi apabila ada yang mengatakan, ubat sakit adalah zikir dan tidak ada istilah ubat kimia untuk merawat. Sekali pun menolak kajian perubatan, janganlah menyebarkannya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Terpaksa Bedah Kerana Rahim Si Ibu Berbentuk ‘Love’
“Takut Ada Yang Tak Sanggup Nak Tengok,” – Ibu Ainul Mardhiah Tunjuk Cara Tukar Trachy
Sumber: twitter