Kool FM

Isu Nilai 3 Terletak Di Selangor Trending Hingga Maklumat Wikipedia Diubah & Disiasat Polis

Jumlah terkini mereka yang menandatangani petisyen yang mahu tindakkan tegas diambil kepada selebriti Neelofa sudah pun mencecah sehingga 72 ribu orang setakat artikel ini ditulis. Rata-rata ramai orang  tidak berpuas hati dengan kenyataan pihak berkuasa yang menyatakan tiada dakwaan dibuat ke atas Neelofa dan suami untuk kesalahan merentas negeri ketika cerita mengenai pasangan ini ke Nilai 3 baru-baru ini untuk membeli karpet tular.

Bukan hanya petisyen, malah orang ramai turut menyebarkan ‘troll’ yang kononnya menyatakan Nilai 3 berada di negeri Selangor. Mungkin, itu dilihat sebagai satu ‘sindiran’ bagi netizen namun tidak bagi pihak Polis.

Terbaru, tular juga di media sosial apabila pihak Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai N9 RADAR yang dikatakan menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan awam mengenai isu Nilai 3 terletak di negeri Selangor.

Menurut pihak Polis, Nilai 3 adalah kawasan pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak di Selangor.

Netizen ubah maklumat di Wikipedia

Mungkin ingin lebih impak, netizen turut mengubah maklumat di Wikipedia apabila carian maklumat mengenai bandar Nilai 3 kini dipengaruhi oleh frasa ‘Carpe diem’ yang diterjemahkan oleh orang tempatan sebagai “mau beli karpet mestilah diem-diem.”

Tinjauan ini dilakukan oleh Kosmo! yang mendapati pengubahsuaian itu dilakukan beberapa kali oleh individu tidak dikenali bermula pagi semalam.

Kemaskini perkembangan kes merentas negeri neelofa dan suami, Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan tersebut selepas video pasangan sedang membeli karpet di Nilai 3 menjadi bualan ramai.

Tidak dipastikan mengapa tiada dakwaan dibuat kerana tiada juga penjelasan jelas mengenai hal tersebut. Apa pun, diharapkan pihak berkuasa lebih telus dalam menjatuhkan hukuman kepada mereka yang sepatutnya dijatuhi hukuman agar tiada gelaran ‘busuk’ yang mengatakan pihak berkuasa ‘double standard’ didengari lagi.

Baca juga: Angka Makin Meningkat, Kini Lebih 58 Ribu Orang Sign Petisyen Mahu Neelofa Dipenjara!

Sumber: Kosmo! 

Exit mobile version