Kool FM

“Jangan Sampai Rakyat Mogok Seperti Di India” – Wargamaya Risau Kekecewaan Rakyat Bakal Mengundang Krisis

Melihat kepada berita-berita semasa, dapat kita lihat banyak negara yang sedang berada di dalam krisis kerana isu yang berpunca daripada wabak penyakit yang melanda dunia ketika ini iaitu Covid-19. Ia menjadi lebih besar apabila kerajaan yang memerintah sesebuah negara itu bersikap tidak adil terhadap rakyat dan membiarkan mereka seakan-akan harus melawan kondisi ini sendirian.

India adalah salah satu negara yang disebut-sebut oleh dunia ketika ini. Hal ini adalah kerana ketika ini, India sedang berhadapan dengan gelombang serangan Covid-19 yang terbesar dan terteruk di dunia sehingga meragut beribu-ribu nyawa sehari.

Baca juga: COVID-19: Angka harian di India catat rekod baharu global

Di Twitter, tular sebuah video yang memaparkan keadaan di India di mana rakyatnya bertindak agresif dengan menghentak kereta polis menggunakan alat seperti kayu dan kemudian memukul pihak polis tanpa rasa takut. Kejadian itu hanya dilihat dan dirakam oleh orang ramai yang berada di sekitar seakan-akan memberi ruang buat mereka yang ingin menunjukkan perasaan. Difahamkan bahawa rakyat India ketika ini sangat kecewa dan berang dengan pemerintah mereka yang cuba menutup isu kekurangan bekalan oksigen dengan cara diktator dan fasis. Pemerintah ketika ini sepertinya ingin melepaskan tekak sendiri walhal ramai rakyat di bawah yang merana.

Rata-rata wargamaya mula membandingkan keadaan itu dengan pelbagai isu yang berlaku di negara ketika ini. Kata mereka keadaan ini berkemungkinan terjadi di Malaysia kesan daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap isu ‘double-standard’ yang terus-terusan berlaku di antara golongan kayangan dan golongan marhaen. Rakyat Malaysia sudah penat dengan drama yang kian berlaku di negara ini.

Kini dengan ura-ura yang mengatakan MCO 3.0 bakal dikuatkuasakan kembali, rakyat semakin resah lagi pula beberapa hari lagi nak raya dan ramai yang tersinggung tidak diberi peluang untuk pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan ibu dan ayah. Macam-macam perkara mula dirisaukan. MCO 3.0 mula trending sejak semalam dengan ciapan hampir mencecah 18 ribu di laman Twitter.

Selain itu, negara menyaksikan peningkatan jumlah pesakit positif Covid-19 yang kini kembali mencecah 4 angka dan kadar kematian yang juga meningkat saban hari.  Hari ini juga tular video yang dikongsikan oleh DG Hisham yang menunjukkan keadaan di bilik ICU di mana katil hampir penuh diisi dengan pesakit Covid-19 yang kritikal. Keadaan ini juga menjadi kerisauan buat para pengamal kesihatan. Mereka tidak menyangkal bahawa tidak mustahil untuk Malaysia menjadi seperti India yang melihatkan angka kematian seorang pada setiap 5 minit jika kita terus-terusan menyalaahkan sesama sendiri dan mengabaikan isu terbesar di sini iaitu mencegah wabak ini daripada membiak.

Semakin hari semakin banyak isu yang terjadi. Macam-macam perkara dan krisis berlaku di negara. Sedar atau tidak sudah 2 tahun kita sama-sama melawan wabak penyakit ini. Harapanya, semoga semua ini bakal berakhir tidak lama lagi. Rugi rasanya bila ada yang pentingkan diri sendiri dan mensia-siakan usaha keras selama ini. Apa pun, kita sama-sama berdoa agar negara ini dipelihara sentiasa.

 

Baca juga: Ambil Video Di ICU Untuk Tunjuk Situasi Sebenar COVID-19, DG Hisham Ditegur Langgar Larangan Di Hospital

Sumber: Twitter Zaid Hamid

Exit mobile version