“Kurang ajar! Dah lah anak kucing ni tengah sakit,”
Itulah lontaran ayat dihamburkan oleh seorang wanita selepas berjaya menangkap anak jirannya membaling batu simen ke arah anak kucingnya dalam sangkar.
Menurutnya, sebelum ini sudah terjadi tapi tidak berlaku di hadapan matanya sendiri. Hanya dengar dari ibunya saja. Tapi kali ini dia berjaya tangkap dan menyergah anak jiran tersebut ketika membaling batu-batu kecil ke arah anak kucing peliharaannya.
https://twitter.com/flakeyroticanai/status/1361731619694858242
Lebih teruk lagi apabila neneknya sendiri melindungi kesalahan cucunya dengan menidakkan perbuatan cucunya membaling batu ke arah anak kucing yang disimpan dalam sangkar.
“Cucu saya selalu kalau nampak kucing mesti baling batu. Memang selalu dorang buat macam tu,”
https://twitter.com/flakeyroticanai/status/1361733503663054848
Normal bagi pemilik kucing untuk sayang kepada haiwan peliharaannya. Tapi, mencederakan haiwan dengan sengaja adalah satu kesalahan. Anak-anak sepatutnya harus dididik dengan menyayangi semua haiwan sejak dari kecil dan bukan menyakiti mereka.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Kucing Ini Buat Part Time Jadi ‘Babysitter’ Tolong Buaikan Anak Orang. Comelnya!
Tips Untuk Ibu Bapa Bercuti Bersama Anak Kecil Cara Norma Baru
Sumber: twitter
