Ada sebabnya kenapa kita perlu perbanyakkan bersabar dan hindarkan diri daripada perasaan panas baran. Tidak ada perkara baik yang berlaku sekiranya seseorang itu terlalu melayankan perasaan panas baran. Paling teruk, ia boleh membawa kepada tragedi pembunuhan dek kerana tidak dapat mengawal perasaan marah yang melampau.
Kejadian yang berlaku di United Kingdom (UK) ini menyaksikan seorang suami tergamak mencekik isterinya hingga mati hanya kerana jejari kentang. Tidak cukup di situ, si suami kemudian mengerat dan membuang mayat mangsa ke beberapa lokasi lain untuk menghapuskan bukti.

Menurut laporan, tertuduh dikenali sebagai Thomas McCann, 49 tahun, melakukan perbuatan kejam itu ke atas mangsa, Yvone McCann, 46 tahun. Dia kemudian didakwa di Mahkamah Crown Manchester akhirnya menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Thomas pada Selasa. Hakim Alan Conrad membuat keputusan itu selepas mendapati jenayah dilakukan Thomas adalah kesalahan berat dan serius.
Begitulah kejamnya tindakan seorang suami akibat tidak dapat menahan perasaan marah. Bagaimanapun, insiden itu dilaporkan berlaku pada 23 Mei tahun lalu dan Thomas dikatakan mencekik isterinya hingga mati di dalam bilik mandi selepas bertengkar dengan mangsa. Punca pertengkaran sehingga membuatkan Thomas naik berang adalah kerana isterinya tidak sengaja menyahbeku jejari kentang.

Akhirnya, Thomas hilang pertimbangan dan bertindak mencekik Yvonne hingga mati. Kemudian, bagi menutup bukti jenayahnya, Thomas membalas kiriman mesej anaknya menggunakan telefon bimbitnya dan isteri, dengan harapan anaknya tidak mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.
Namun, penipuan Thomas terbongkar selepas plastik berisi anggota badan Yvonne ditemui anjing jalanan yang mana akhirnya membawa kepada penangkapan Thomas. Pihak polis pada ketika itu menemui enam bungkusan plastik berasingan berisi cebisan anggota badan dipercayai milik Yvonne.
Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan perbuatan keji Thomas itu. Hasil soal siasat, Thomas mengakui dia melakukan pembunuhan itu kerana hilang pertimbangan. Jadi sebab itu adalah penting untuk kita sentiasa mengawal emosi kita. Tak naklah perkara macam ini terjadi hanya sebab kita hilang pertimbangan.
Baca juga artikel menarik lain:
“Macam Mermaid Lah!” – Tak Pernah Shooting Dalam Air, Uyaina Arshad Teruja Berlakon Ditemani Ikan
Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun, Ini Kisah Sebenar Amukan Berdarah Prebet Adam
Sumber daripada: Harian Metro