Tergamak memukul seekor kucing yang sedang bunting menggunakan besi hanya disebabkan beberapa ekor kucing dipercayai membuang najis di hadapan rumahnya. Itulah tindakan kejam yang dilakukan seorang wanita sehingga menyebabkan salah seekor daripadanya mati.
Padah aniaya kucing.
Seorang wanita usia 51 tahun direman 4 hari oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam .
Dalam kejadian di pangsapuri Pintas Kalui 1,Seberang Jaya kelmarin, kucing yang bunting mati manakala seekor lagi cedera dipukul oleh suspek dengan sebatang besi. pic.twitter.com/DYFbIH6xrh
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 31, 2020
Menurut laporan, wanita tersebut melakukan perbuatan tersebut disebabkan geram dengan kucing-kucing yang sering membuang najis dihadapan rumahnya. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.20 petang semalam di kawasan bawah sebuah pangsapuri di Seberang Jaya, di Bukit Mertajam.
Katanya, ketika kejadian, seorang saksi yang juga pengadu dikatakan melihat wanita berusia 51 tahun itu memukul dua ekor kucing yang sedang diberi makan. Akibat kejadian itu, salah seekor kucing tersebut yang dalam keadaan bunting mati manakala seekor lagi iaitu anak kucing luka di bahagian mulut.
KES PUKUL KUCING MENGANDUNG GUNA BESI HINGGA MATI..
SEKOQ LAGI PARAHFLAT KALUI SEBERANG JAYA
PELAKU DI KENAL…
Posted by Sheikh Al Arjan on Tuesday, December 29, 2020
Menerusi siasatan awal terhadap suspek yang bekerja sebagai seorang broker itu mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Bagaimanapun, kertas siasatan mengenai kes itu telah dibuka oleh Pegawai Penyiasat Veterinar, Azhar Ahmad di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Sebagai seorang manusia dan dalam mana-mana agama sekali pun, perkara ini semestinya adalah satu perbuatan yang dilarang keras. Mereka yang menganiaya haiwan adalah berdosa kerana semua haiwan harus dikasihi, melainkan ia mendatangkan bahaya kepada kita.
Baca juga artikel menarik lain:
Mick ‘Crocodile Dundee’ Pemburu Buaya Sebenar
Syed Saddiq Tunai Janji Botak Kepala, Hasil Sumbangan Bakal Beri Manfaat Kepada Anak² Muar
Sumber daripada: Utusan Malaysia
