
Sepanjang menempuh pandemik, dapat dilihat individu yang berjaya meningkatkan jumlah aset dan terdapat juga sejumlah besar yang mengalami kehilangan kerja serta pendapatan berikutan wabak COVID-19 yang menimpa.
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Forbes, hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2021 menyaksikan kekayaan kolektif bagi 50 individu ini meningkat sebanyak $90 bilion (RM381 bilion) pada tahun ini selepas mencatatkan penyusutan selama dua tahun.
Tan Sri Robert Kuok yang menerajui empayar hartanah dan komoditi kekal sebagai Individu Terkaya Malaysia dengan kekayaan sebanyak $12.2 bilion (RM50.3 bilion). Beliau juga merupakan individu tertua yang berada dalam senarai dengan usia 97 tahun.