
Program vaksinasi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan telah berjaya menvaksinkan kira-kira 1,751,328 orang penduduk Malaysia sehingga hari ini. Penerima vaksin terdiri daripada pelbagai jenis kelompok termasuklah daripada golongan gelandangan.
Terbaharu, program vaksinasi gelandangan Fasa 1 telah diadakan dengan penglibatan seramai 119 gelandangan yang sedang menghuni pusat penempatan transit gelandangan di Kuala Lumpur.
Menurut Tan Sri Annuar Musa, program vaksinasi untuk gelandangan tersebut dibuat menggunakan Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah dan penglibatan daripada beberapa klinik swasta sebagai alternatif kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada.