Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Kerana Bapa Jual Sperma 500 Kali, Lelaki Ini Takut Untuk Bercinta

today18 February 2021

Background

Kebanyakan negara luar sudah terbiasa dengan budaya menjual sperma untuk kelangsungan hidup mereka. Ada yang menjualnya kerana mahu bantu keluarga namun ada juga yang menjual sperma kerana hobi. Aneh bukan? Lain pula kisah untuk lelaki yang berasal dari Portland ini apabila dia takut untuk bercinta atau kenal dengan wanita asing kerana dia takut jika wanita yang bakal dia temui mungkin adik-beradiknya sendiri selepas mengetahui bapanya menjual sperma sebanyak 500 kali.

Iya, boleh dikatakan lelaki yang bernama Zave Fors berusia 24 tahun itu fobia untuk pergi keluar kenali wanita di jalanan dan dia juga takut untuk menggunakan aplikasi temu janji berikutan bimbang dipadankan dengan adik-beradiknya sendiri. Siapa mahu situasi ini terjadi kepada diri mereka betul tak?

Menurut laporan tempatan, Zave sudah berjaya mengesan lapan adik-beradiknya setakat ini dan masih tidak mengetahui berapa ramai darah dagingnya yang lain. Situasi ini telah menjadi satu tekanan buat Zave kerana dia takut sekiranya dia melakukan hubungan intim dengan darah dagingnya sendiri memandangkan terlalu banyak sperma yang telah bapanya jual sehinggakan sukar buatnya mengesan mereka.

Difahamkan Zave amat terkejut dia berjumpa abangnya yang kebetulan berada di sekolah yang sama dengannya selepas menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Zave kemudiannya berjaya mengesan bapanya melalui Ancestry.com dan dia dapati ayah kandungnya sudah menjual spermanya beratus-ratus kali dalam tempoh 10 tahun dan hasilnya sperma bapanya berjaya menghasilkan 50 anak.

Abangnya, Daron McClennan-Colon hanya mengetahui dia adalah anak yang dikandung melalui sperma bapanya dan tinggal beberapa kilometer dari rumah Zave. Zave dan Daron mempunyai kenangan antara satu sama lain di sekolah tanpa menyedari kehidupan mereka saling berkaitan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Derma Sperma Sebagai Hobi, Kini Dia Miliki 23 Orang ‘Anak Segera’

5 Tahun Berkahwin, Baru Tahu Air Mani Suami Tak Ada Sperma

 

 

Sumber: HMetro

Written by: Adinna


Previous post