Site icon Kool FM

“Kesian Dia, Tak Baik…” – Remaja Merayu Dilepaskan Kerana Dicekup Ketika Berdating

Semalam tular dengan sebuah rakaman video yang menunjukkan tiga orang remaja ditahan pihak berkuasa di sebuah pondok kecil di kawasan Pantai Merdeka kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Remaja tersebut terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan belasan tahun. Apa yang menarik perhatian kami apabila ramai netizen memberi respon mengasihani remaja perempuan tersebut.

Menerusi video tular tersebut, remaja perempuan merayu-rayu sambil menghentak-hentak kaki di hadapan pihak berkuasa untuk minta dilepaskan supaya tidak dibawa ke balai.

Malah, dia turut berjanji akan terus pulang ke rumahnya di Kulim serta tidak akan mengulangi perbuatan ini.

https://twitter.com/khairulazizi75/status/1356164378568007682

Menjengah ruangan komen posting tersebut, warganet ada membuat perkongsian detik-detik sebelum mereka dicekup oleh pihak bekuasa. Bukan main sweet lagi!

Dalam pada masa sama, ada segelintir netizen meminta video tersebut dipadam atas sebab menjaga maruah keluarga dan remaja perempuan tersebut untuk menanggung malu.

May be a Twitter screenshot of 2 people

Waktu covid masih belum pulih, sebaiknya elakkanlah keluar jika tiada urusan penting. Nak berjumpa kawan jauh, boleh je. Video call kan ada!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

McDonald’s Nak Belanja Anda ‘Dating’ Bersama Finalis AJL 35. Mudah Saja Ini Caranya!

Guru ‘Kanibal’; Umpan Mangsa Melalui Portal ‘Online Dating’ Sebelum Bunuh Dan Makan Dagingnya!

Sumber: twitter

Exit mobile version