Minggu kedua Mac 2021 merupakan minggu kedua kesemua pelajar mula kembali ke sekolah selepas hampir setahun lamanya sekolah ditutup akibat penularan wabak berbahaya, COVID-19.
Dalam pada masa sama, norma baharu dilaksanakan bagi memastikan pelajar sekolah jauh daripada jangkitan ini. Antaranya tiada perhimpunan, waktu rehat di dalam kelas dan penjarakkan meja dalam kelas.
Apa yang penting SOP pelajar pulang dari sekolah. Mungkin bagi yang menaiki kereta atau motosikal ibu bapa, tiada masalah tapi yang menjadi isu apabila terdapat segelintir pelajar menaiki van atau bas sekolah.

Sebenarnya SOP sudah ditetapkan bagi anak-anak yang menaiki kenderaan awam sekolah. Berikut adalah infografik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sekarang, tinggal inisiatif masayarakat saja untuk melaksanakan SOP ini.
Kami daripada Kool FM mengharapkan, pengusaha van dan bas sekolah berusaha mengamalkan norma baru ini. Tidak lupa juga, ibu bapa sentiasa mengingatkan anak-anak supaya mematuhi SOP.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Pelajar Lelaki 16 Tahun Dakwa Dicabul Pengetua Sekolah Di Sabak Bernam
Viral Bawa Mangkuk Tingkat Ke Sekolah, Menu Murid Ini Cetus Inspirasi Buat Kaum Ibu