Seorang pengamal perubatan Islam bergelar ‘ustaz’ ditahan selepas disyaki mencabul seorang pesakit ketika mendapatkan rawatan di Hulu Terengganu.
Bagaimanapun, suspek berusia 52 tahun itu direman dan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan perintah reman suspek yang digelar ustaz itu disambung bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Semasa rawatan suspek memberitahu mangsa terkena buatan orang dan meminta izin menyentuhnya, namun bertindak memegang payudara serta kemaluan wanita itu.
Suspek turut mencekik leher mangsa dan selepas selesai rawatan dia memaklumkan akan ke kediaman mangsa untuk melihat keadaan rumah bagi proses rawatan,” terang Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Adli Mat Daud pada pihak media.
Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang pada Sabtu lalu di sekitar daerah Hulu Terengganu.
Lebih mengejutkan lagi semalam, seorang lagi wanita berusia 25 tahun tampil membuat laporan polis yang mendakwa dia dan adiknya dicabul suspek ketika mendapatkan rawatan pada 2018.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Lagi Mangsa Pendakwah Selebriti Tampil Buat Laporan
Disyaki Merogol, Pendakwah Muda Terkenal Ditahan
Sumber: harianmetro , BH