Akibat cemburu, seorang lelaki tergamak membakar isterinya hidup-hidup. Menurut laporan, suaminya bertindak berang selepas bergaduh dengan isterinya berpunca daripada tindakan tertuduh membawa balik perempuan simpanannya. Kejadian ini berlaku di Deli Serdang, Sumatera Utara ini telah mengejutkan penduduk kampung selepas kepulan asap dilihat dari rumah suspek. Sejurus selepas kejadian, suspek berjaya ditahan polis.
Menurut jurucakap polis, Jhon Harto Panjaitan, pergaduhan mereka semakin buruk dan telah membawa kepada tindakan suspek mencurah minyak tanah ke badan isterinya lalu membakar wanita itu. Difahamkan, penduduk kampung cuba menghalang perbuatan suspek namun telah dihalang oleh bapa suspek.

Semasa kejadian, penduduk kampung takut untuk menolong mangsa kerana bapa suspek telah mengacukan parang kepada sesiapa yang cuba masuk campur. Tambah laporan, kejadian itu telah menyebabkan isterinya mengalami luka melecur yang agak teruk sehinggakan dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
Selepas kejadian, penduduk telah menahan suspek kerana cuba melarikan diri sebelum polis tiba. Suspek kemudiannya ditembak di bahagian kaki oleh pihak polis akibat mahu melarikan diri. Dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan awal dan sekali lagi membuat percubaan untuk melarikan diri namun gagal.
Curang bukanlah satu tiket untuk pasangan suami isteri yang mungkin sedang alami masalah rumah tangga. Kemunculan orang ketiga dalam hubungan hanya akan menambahkan keburukan dan ianya bukanlah satu jalan penyelesaian yang terbaik. Jika pasangan suami isteri ada perselisihan faham, berkomunikasi antara satu sama lain untuk selesaikannya. Ingat ya, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Balas Dendam! Wanita Kahwini Kekasih Gadis Yang Curang Dengan Bekas Tunangnya
Isteri Tikam Suami, Sangkakan Si Suami Curang Rupanya Itu Gambar Dirinya Sendiri
Sumber: Kompas