Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Lelaki Berusia 20 Tahun ‘Kantoi’ Menyamar Jadi Doktor Di PPV Sarawak

today7 July 2021

Background

Ketika ini, program vaksinasi sedang giat dijalankan di seluruh Malaysia dan ramai kakitangan Kesihatan terlibat untuk memastikan program ini berjalan lancar. Akan tetapi, seorang lelaki berusia 20 tahun kantoi menyamar sebagai seorang doktor di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Kuching, Sarawak.

Menurut laporan, tertuduh menyamar sebagai seorang doktor Hospital Umum Sarawak sekurang-kurangnya sebanyak 32 kali sejak 16 Jun hingga 1 Julai lalu. Malah, lelaki itu memiliki cop, kad nama, peralatan perlindungan peribadi, peralatan perubatan dan kelengkapan sendiri yang lain.

Tertuduh ‘kantoi’ dan menimbulkan keraguan apabila berbual dengan doktor lain dimana tertuduh mengatakan dirinya hanya berusia 20 tahun pada 22 Jun 2021. Difahamkan, tertuduh menyamar kerana berminat untuk menjadi doktor dan telah mempelajari ilmu perubatan secara dalam talian ketika ditanya oleh pihak polis.

Klik untuk baca artikel penuh.

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Lifestyle

Radio Media Prima Lancar Kempen #KitaJagaKita, Pilih Pendengar Radio Dapat RM200

Dalam kita berdepan ancaman wabak pandemik, sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas dari segi ekonomi. Banyak kempen bantuan telah digerakkan bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat dan salah satunya adalah Media Prima. MEDIA PRIMA LANCAR KEMPEN BERSAMAMU #KITAJAGAKITA, DAPAT SAMBUTAN Dilancarkan pada 2 Julai lalu, kempen Bersamamu #KitaJagaKita yang dilancarkan oleh platform radio Media […] Platform radio Media Prima, telah memilih 8 pendengar setiap hari untuk menerima bantuan kewangan […]

today7 July 2021