Kool FM

Lelaki Ini Disaman RM1,000 Sebab Main Belon

Sepanjang musim wabak COVID-19 ini, kerajaan telah mengeluarkan beberapa standard operating procedure (SOP) bagi mengekang penularan wabak berjangkit ini. Jika gagal mematuhi, kompaun RM1,000 akan dikenakan.

Apa yang menarik perhatian kami apabila perkongsian seorang lelaki tentang nasibnya disaman RM1,000 kerana tidak memakai topeng muka ketika bermain belon air di kawasan riadah.

Tidak berkata banyak, pemuda tersebut kemudiannya dibawa ke balai berdekatan dengan menaiki kenderaan polis untuk menuju ke Balai Polis Iskandar Puteri berdekatan dengan sebuah pasar raya.

Image

Dalam pada masa sama juga, pemuda tersebut kongsikan sekeping foto keadaan kawasan riadah tersebut dengan menyertakan beberapa persoalan yang timbul menerusi laman akaun twitter miliknya.

Malah, dia turut kongsikan pesanan ringkas dari polis yang bertugas waktu tersebut.

“SOP dalam TV tak sama dengan balai. Jadi, polis ikut peraturan balai,”

Bagaimanapun dia mendengar ura-ura mengatakan polis tersebut ingin penuhkan KPI buku saman mereka.

Seperti biasa, warganet tampil memberikan pendapat dan pandangan masing-masing.

Sekarang ni, ambil langkah berhati-hati. Keluar bila perlu dan sentiasa pakai topeng muka.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Saman Je, Tak Payah Buat Macam Tu,” – Polis Trafik Buat Hal

Polis Beri Amaran ‘Jangan Sengaja Redah Banjir’ Atau Kompaun RM300 Akan Dikenakan

 

 

 

 

Sumber: twitter

Exit mobile version