Buat video dan kongsikan kepada media sosial bukanlah satu perkara yang asing lagi terutama ia sudah dilihat sebagai salah satu kerjaya yang menjanakan hasil yang lumayan. Jika kita tanya pada anak-anak zaman dahulu, mereka memilih kerjaya seperti polis, cikgu dan lain-lain lagi namun kini anak remaja lebih memilih untuk menjadi seorang ‘Content Creator’.
Selain meraih populariti dan mendapat pulangan yang lumayan, mereka perlu menjadi kreatif untuk menghasilkan kandungan agar dapat menghiburkan atau menarik minat warganet untuk menonton video mereka. Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki dari seberang, Indonesia bernama Anggun Supriadi. Anggun terkenal dengan video TikTok mukbang atau makan di depan kamera bagi tontonan pengikutnya.
Anggun sebelum ini makan mukbang seperti lada, jus cili merah, telur mentah dan lain-lain. Dia akan buat live streaming di akaun Tik Tok miliknya, @anggun_supriadi, di mana dia meletakkan beberapa makanan di atas meja dan kemudian mula memakan menu yang dipilih oleh penontonnya pada waktu itu. Jika Anggun dapat memenuhi permintaan penonton, maka dia akan diberi ganjaran seperti wang, telefon dan sebagainya.
@anggun_supriadiBalas @anggun_supriadi IG:anggunsupriadi123 ##fyp ##fyp ##mukbang ##viral ##viral6♬ original sound – anggun✨
@anggun_supriadiBalas @anggun_supriadi IG:anggunsupriadi123 ##fyp ##fyp ##trending ##viral ##viral6♬ original sound – anggun✨
Bagaimanapun, baru-baru ini Anggun nekad menerima cabaran dari netizen untuk makan empat bungkus garam yang menjanjikan hadiah sebanyak 30 juta rupiah iaitu kira-kira RM8,573. Video itu viral di media sosial dan telah ditonton lebih dari 23 juta kali tontonan. Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya tidak menggemari apa yang dilakukannya itu kerana pengambilan garam yang terlalu banyak boleh mengundang masalah kesihatan yang serius. Ada juga beberapa pengikutnya mengatakan video itu sebenarkan telah disunting sebelum dimuat naik ke Tik Tok berikutan dalam video tersebut jelas kelihatan potongan demi potongan dilakukan bagi memendekkan durasi video.
Anggun kemudiannya melakukan satu lagi video makan dari daripada yang lain apabila dia ditawarkan 50 juta rupiah iaitu kira-kira 14,259 untuk makan kepala lembu. Beberapa saat sebelum video berakhir, Anggun kelihatan tidak mampu untuk menghabiskan hidangan tersebut sebelum dia ditawarkan sebuah kereta untuk makan sehingga habis. Video tersebut telah mendapat lebih 42 juta tontonan dan ia semestinya menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Cara Anggun menjamah hidangan itu nampak begitu menyelerakan sehingga membuatkan beberapa warganet mual melihatnya. Selain kepala lembu, Anggun sebelum ini juga sudah menjamah kepala kambing sehingga licin bahkan telinga kambing juga dia makan!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Ex Saya Nikah, Dia Ajak Saya Teman Sebab Masih Ada Rasa Sayang..” – Gadis TikTok
Rakam Aksi Tidak Sopan Dengan Anak Di TikTok, Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Bapa
Sumber: TikTok @anggun_supriadi
