Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Lepas Kahwin, Gadis Ini Maut Kerana Terlalu Banyak Menangis

today12 March 2021

Background

Kejadian yang sangat jarang berlaku apabila seorang pengantin perempuan Gupteswari dari India maut selepas saja selesai melangsungkan perkahwinannya bersama suaminya, Bisikesan Pradhan, pemuda dari Bolangir.

Hindustan Times melaporkan insiden itu berlaku pada Jumaat lalu ketika keluarga Gupteswari bersiap sedia untuk menghantar wanita itu berpindah ke rumah mentua.

Newlywed Bride Succumbs To Heart Attack During 'Bidaai' In Odisha's Sonepur | OTV News

Selepas saja dia pengsan secara tiba-tiba, Gupteswari terus dikejarkan ke Pusat Kesihatan Komuniti Dunguripallu (CHC), malangnya doktor mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

Menurut penduduk kampung, Ramesh Sahu memberitahu Gupteswari mengalami tekanan sejak pemergian bapanya beberapa bulan lalu. Malah, ibu kandung dan bapanya yang mengatur majlis perkahwinannya ini.

“Dia gadis yang baik tapi nampak tertekan selepas kehilangan bapanya. Selepas berkahwin, dia tidak henti-henti menangis kerana perlu keluar dari rumah untuk tinggal bersama keluarga mentua,” katanya.

Odisha Bride Dies After Suffering From Cardiac Arrest Due to Excessive Crying in Her Bidaai

Bagaimanapun, doktor di CHC memberitahu serangan jantung boleh berlaku disebabkan tekanan emosi sehingga mengganggu fungsi jantung untuk mengepam darah dengan efektif.

Semoga kita semua terhindar dari segala tekanan emosi sehingga memudaratkan diri.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hari Mulia Israk Mikraj Merupakan Ulang 15 Tahun Perkahwinan Tokti

Puisi Dengan #IbuTidakRestu, Tanda Perkahwinan Hannah Delisha Tidak Direstui?

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

liga super-01

Sukan

Liga Super Malaysia 2021 Minggu Ke-2 Catat 3.38 Juta ‘Views’, Meningkat Hampir 1 Juta Tontonan

Selepas tamat semua 6 perlawanan saingan Liga Super Malaysia 2021 untuk minggu ke-2, seperti biasa kami akan bawakan kepada anda jumlah tontonan melalui saluran Youtube unifi bagi perlawanan-perlawanan yang telah berlangsung. Dalam artikel sebelum ini, 3 perlawanan pertama untuk minggu ke-2 telah berjaya mencatatkan sekitar 2.3 juta tontonan dana selepas 3 lagi perlawanan berlangsung secara keseluruhannya Liga Super Malaysia 2021 telah berjaya merekodkan 3.38 juta tontonan! Ia menjadikan... Klik untuk […]

today12 March 2021