Dalam satu laporan pada dua tahun lepas, bekas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador pernah berkata, akan berlaku pertambahan anggota dan pegawai polis ditahan atas kesalahan kes rasuah jika mereka tidak segera insaf walaupun sudah banyak kali memberi nasihat dan amaran
Namun, semalam anggota Polis Trafik Kulim mendapat pujian selepas menunjuk sikap integriti dan tiada kompromi dalam cubaan terlibat dalam kes rasuah apabila menolak wang suapan sebanyak RM500.

Situasi cubaan menyogok duit pada pihak polis timbul apabila dua lelaki Bangladesh menaiki teksi ingin merentas negeri tanpa permit dan tiada dokumen perjalanan yang sah.
Kejadian tersebut berlaku di Tol BKE Lunas dalam operasi Sekatan Jalan Raya (SJR).
Dalam pada masa yang sama, warganet membanjiri ruangan komen posting Facebook dengan memuji sikap anggota Polis yang amanah ketika menjalankan tugas mereka walaupun ketika ini ramai dalam keterdesakkan inginkan duit.
Syabas Polis Trafik! Teruskan menjadi contoh baik kepada rakyat Malaysia.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Polis Saman Individu Tak Pakai Gloves, Ini Jawapan Ismail Sabri
Main ‘Biji Polisterin’ Sampai Habis Bersepah Rumah, Gelagat Oyen Ini Curi Tumpuan Netizen
Sumber: facebook
