Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Dua Cedera Dan Tiga Lagi Individu Terselamat Nahas Helikopter Terhempas Di Subang

today24 March 2021

Background

Hujung tahun lepas kita dikejutkan dengan kes helikopter terhempas dan pagi tadi seawal jam 0918 pagi, sebuah lagi helikopter jenis Airbus H125 terhempas.  Kejadian yang dipercayai berlaku di dalam kawasan Lapangan Terbang Subang dilaporkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun seorang lelaki patah kaki kanan dan seorang lagi cedera ringan di kaki, manakala tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan terdapat lima individu di dalam helikopter itu termasuk seorang juruterbang dan penolong juruterbang. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada 9.47 pagi tadi dan segera ke lokasi kejadian.

Tambahnya, tiada kebakaran dikesan pada helikopter itu dan kesemua mangsa dilaporkan stabil buat masa ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua penumpang telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Apabila bertanya tentang punca, Pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara dikatakan sedang menyiasat punca kemalangan tersebut.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Penjual Lokan Terkejut Jutawan Datang Beli Lokan Naik Helikopter Parking Depan Tangga Rumah

Pengutip sampah miliki helikopter

 

 

 

 

Sumber: HMetro

Written by: Adinna


Previous post