Mutakhir ini semakin hangat media sosial dengan berita penangkapan ke atas tiga individu yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegiatan pengubahan wang haram didalangi sindiket penipuan Macau Scam dan judi dalam talian.
Menurut Harian Metro, lelaki bergelar Datuk Seri yang juga suspek utama sindiket pengubahan wang haram berjaya melarikan daripada bangunan SPRM tempoh hari.
“Bagaimanapun, suspek difahamkan bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri. Polis yang ketika itu berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya

Susulan itu, kes ini menjadi persoalan dalam kalangan netizen. Bagaimana ‘kepala’ Macau Scam boleh terlepas dengan hanya memanjat pagar belakang banggunan?
Tidak cukup dengan itu, dengarkan perbualan yang cukup jujur daripada salah seorang pekerja Macau Scam yang kebetulan kantoi melakukan kerja ‘busuk’ dengan seorang lelaki.
Perbualan ini dirakam sebelum ketua Macau Scam berjaya meloloskan diri lagi dan terbukti, jalan penceritaannya benar di mana ketua mereka berjaya keluar dari tangkapan SPRM kerana dikatakan mempunyai ‘orang dalam’ yang membantu ketua mereka melepaskan diri sekaligus membantu menjalankan operasi ini.
“Kau ingat aku x tahu ke kau ni Macau Scam, boss kau Addy Kana kan dah kena tangkap, kenapa kau ada lagi?!”
“Mmg lah boss aku dah kena tangkap, tapi nanti dia akan lepas juga. Org2 kerajaan sendiri yg leak data org yg kitorang scam”
Dengar sampai habis Perbualan dgn scammer 👇🏻 pic.twitter.com/5G6mcnhETi
— Naz | 🇲🇾 (@_NazriH) October 12, 2020
“Masyuk ke korang ni buat Kerja2 scam ni?…”
“Masyuk lah. kalau tak kitorang tak buat kerja ni… satu hari nanti kitorang pun akan terima balasan sbb amek rezeki tak berkat… tapi aku ada sbb aku sendiri knp aku still buat benda ni…. aku bukan mcm bos aku Addy Kana”
Part 3 pic.twitter.com/GxTT1BIaG0
— Naz | 🇲🇾 (@_NazriH) October 12, 2020
“Ok Bro kau jangan lah scam orang2 yang baik, scam orang2 yg jahat je takpe”
“Aku Hari2 berdoa, supaya aku dapat scam orang2 yg jahat, orang tak bayar zakat, orang yang makan duit anak yatim…” – Macau Scam
Gila lah. Jujur gila scammer ni sembang 🤣
Part 5 pic.twitter.com/2nj4NjzZdy
— Naz | 🇲🇾 (@_NazriH) October 12, 2020
Apa pun, ini hanyalah daripada perkongsian di media sosial. Sama-samalah kita menunggu laporan sebenar daripada pihak berkuasa. Yang penting, hati-hatilah apabila kita menerima panggilan yang mencurigakan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
10 Anggota Polis Terlibat Dengan Sindiket ‘Cuci Duit’ Macau Scam Ditahan SPRM
Macau Scam pandai cari mangsa berduit
Sumber: facebook , harianmetro , twitter