Kool FM

“Main Campak Je!” – Sampah Yang Dibuang Makcik Ini Dikatakan Saka?

Tak habis lagi kes banjir, viral pula video yang menunjukkan seorang makcik bertudung labuh membuang sampah dari atas jambatan tanpa rasa bersalah.

Video tersebut sempat dirakam oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama samaran Tham Lai Keang dan dikongsikan di akaun Facebook miliknya.

Berikutan itu, ramai warganet meluahkan rasa kecewa dan geram dengan tindakan makcik tersebut kerana menunjukkan sikap yang buruk pada serta mencemarkan alam sekitar.

Bagaimanapun, terdapat satu penjelasan di ruangan komen yang cuba memperbetulkan tanggapan orang ramai.

Menurutnya, sampah yang dibuang makcik tersebut adalah saka di mana perawat tradisional meminta supaya membuang ke dalam arus sungai yang mengalir.
Image
Dari pemerhatian penulis, sebenarnya, ramai individu yang sering membuang sampah di merata-rata tempat terutama mereka yang berada di kawasan persisiran pantai dan sungai.

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu ini mengakibatkan kualiti air sungai dan pantai rosak dan tidak selamat digunakan lagi untuk kegunaan domestik sekaligus mencemarkan pemandangan.

Sayangilah alam semula jadi.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Saya hanya gunakan bilik air jika saya dapat memanjat sampah..” – Wanita Tua Hidup Dengan 30 Tan Sampah

Jumpa Barang RM2.17 Juta Dalam Plastik Sampah!

 

 

 

Sumber: facebook

Exit mobile version