Kool FM

Malaysia Antara Negara Terburuk Dengan Isu Pemerdagangan Manusia, Lapor Data Amerika Syarikat

Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia di peringkat terburuk dalam laporan tahunan isu pemerdagangan manusia dalam data yang dikeluarkan hari ini. Keputusan ini berlaku setelah terdapat banyak rungutan oleh kumpulan hak asasi dan pihak berkuasa AS atas tuduhan eksploitasi pekerja migran di ladang dan kilang. Negara yang berada di tahap ini boleh dikenakan sekatan oleh AS.

Malaysia dikatakan telah jatuh ke Tahap Tiga dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2021 setelah berada di Tahap 2 sejak 2014. Jabatan Negara AS menempatkan Malaysia di Tahap Tiga kerana tidak mematuhi piawaian minimum untuk menghapuskan pemerdagangan manusia atau melakukan usaha yang signifikan untuk mematuhinya, lapor Reuters.

Selain Malaysia, negara Guinea-Bissau turut dimasukkan dalam senarai Tahap Tiga yang didalamnya termasuk Afghanistan, Algeria, Myanmar, China, Comoros, Cuba, Eritrea, Iran, Nicaragua, Korea Utara, Russia, Selatan Sudan, Syria, Turkmenistan dan Venezuela. Empat negara iaitu Belarus, Burundi, Lesotho and Papua New Guinea dikeluarkan daripada senarai Tahap Tiga dan dimasukkan ke Tahap Dua. Enam negara diturunkan daripada Tahap Satu ke Tahap Dua iaitu Cyprus, Israel, New Zealand, Norway, Portugal dan Switzerland.

Klik untuk baca artikel penuh.

Exit mobile version