Saban hari, kes positif wabak COVID-19 dalam negara kita semakin mencanak naik dari semasa ke semasa. Susulan itu, jumlah kematian pesakit COVID-19 kini hampir mencecah 2 ribu. Peningkatan jumlah kes kematian yang drastik ini telah membuatkan pihak Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh bertindak untuk menempatkan jenazah-jenazah mangsa COVID-19 di sebuah kontena khas.
Umum mengetahui majoriti daripada mereka yang meninggal akibat jangkitan COVID-19 ini adalah mereka yang dalam golongan berisiko tinggi serta mempunyai penyakit yang merbahaya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memuat naik sebuah ciapan yang menyeru rakyat Malaysia untuk melindungi diri jika tinggal bersama golongan berusia dek kerana mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti lebih lagi jika menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.
Jabatan Perubatan Forensik @HOSPITALSGBULOH terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana #COVID19.
Hari ini, enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu.
Lebih 80% kematian COVID-19 pic.twitter.com/Eul26Fwkyp
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) May 16, 2021
Baca juga:[VIDEO] ‘Dah Tak Kisah SOP Ke..?” – Netizen Persoalkan Salah ‘Siapa’ Rakyat Langgar SOP
Meninjau di ruangan komen posting tersebut di laman Facebook Harian Metro, orang awam khuatir dengan situasi yang sedang melanda Malaysia pada masa kini. Menurut mereka, pelbagai usaha telah pun dilakukan dan kini Malaysia sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali ketiga namun dilhat masib belum ada penurunan kes wabak ini. Ramai dalam kalangan mereka meluahkan agar pihak kerajaan bertindak untuk melaksanakan PKP ‘penuh’ seperti PKP kali pertama sebelum ini dengan menutup kesemua sektor kecuali sektor perubatan.

Malah, isu ini lebih membimbangkan apabila Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan isi hatinya yang turut berdukacita dengan keadaan Malaysia yang tidak menunjukkan penurunan kes positif COVID-19 ini. “Kita tidak mahu berakhir dengan hanya dua pilihan, memilih siapa yang harus hidup atau sebaliknya” luah DG Hisham.
Bantulah kami untuk membantu anda. Sila duduk di rumah jika tidak ada urusan penting di luar. Jika terpaksa keluar rumah pastikan anda patuh kepada SOP. pic.twitter.com/Wg3OjvoPEm
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 16, 2021
Bagaimanapun, setiap individu amat memainkan peranan yang penting dalam membanteras wabak yang membawa maut ini. Sebagai rakyat Malaysia, tidak kira golongan kayangan mahupun golongan marhaen jika tidak bersatu untuk mengikut perintah operasi standard prosedur (SOP), nescaya negara kita bakal menyusul seperti negara India. Oleh itu jadilah rakyat yang bertanggungjawab dengan mendaftarkan diri ada untuk suntikan vaksin di aplikasi MySejahtera, jaga jarak 1 meter dan hanya keluar apabila perlu sahaja.
Baca juga:PKP 3.0 Tidak Sama Dengan Sebelum Ini, Terdapat Perubahan Dari Segi SOP
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter KKM, Facebook Harian Metro