Tular sebuah video insiden sebuah kereta bewarna perak dalam keadaan separuh terapung di sungai Sarawak berdekatan projek Jambatan Satok di sini pada Rabu pagi tadi.
Waktu kejadian, ramai orang awam berhenti melihat dan ada juga yang datang memberi bantuan dengan menaiki bot kecil cuba untuk keluarkan mangsa.
Namun, kehadirannya gagal memberi bantuan kerana tali yang digunakan untuk menarik kenderaan tersebut putus.
“Saya hanya mampu melihat kenderaan itu tenggelam dan melihat mangsa memberikan isyarat melarang saya untuk membantunya, saya juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada apa-apa peralatan untuk memecahkan cermin tingkap kereta itu,” ceritanya saat kejadian cemas itu berlaku.
Bagaimanapun, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira 10.30 pagi namun pemanggil tidak dapat memastikan jumlah mangsa di dalam kenderaan terbabit.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Kereta Ditenggelami Banjir? Jangan Gelabah, Ini 7 Perkara Yang Patut Anda Lakukan
Akibat Terpengaruh Video YouTube, Remaja Perempuan Bertindak Bunuh Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun!
Sumber: facebook