Bencana tsunami yang melanda pada tahun 2004 sesungguh telah meninggalkan kesan yang mendalam lebih lagi kepada penduduk di bandar Aceh. Hanya dalam masa beberapa jam selepas alami gempa bumi dengan kekuatan 9.1 hingga 9.3 skala Richter, bandar Aceh lesap begitu sahaja. Ia merupakan salah satu bencana alam yang antara yang paling teruk dalam sejarah dan telah menyebabkan ratusan ribu nyawa terkorban manakala ribuan lagi hilang.
Ahli keluarga yang kehilangan kerana tsunami sesungguhnya mereka kuat kerana ia bukanlah satu cara yang mudah untuk kita redha akan cara pemergian mereka dan pastinya jika diberi peluang untuk kembalikan mangsa semula pasti ia akan dilakukan. Bagaimanapun, baru-baru ini seorang lelaki yang dikatakan telah terkorban akan tsunami ditemukan hidup selepas 17 tahun tragedi tsunami melanda bandar Aceh. Lelaki tersebut bernama Abrip Asep yang disangka terkorban dalam bencana alam itu sebenarnya merupakan seorang anggota polis yang dilaporkan hilang di dalam kejadian tsunami itu. Dia kini ditemui semula di sebuah hospital sakit jiwa.
Difahamkan, Abrip mengalami masalah jiwa susulan peristiwa hitam yang telah memberi kesan trauma seumur hidupnya. Selain dari dilaporkan ada masalah jiwa, Abrip sihat dan menjalani kehidupannya seperti biasa di Hospital Sakit Jiwa Zaenal Abidin. Pada mulanya pihak hospital memaklumkan bahawa ada salah seorang dari pesakit mereka mungkin adalah seorang anggota polis. Selepas mendapat perkhabaran itu, rakan seangkatan lelaki itu datang ke hospital untuk mengesahkannya.

Sangkaan mereka benar kerana lelaki yang mereka lihat di hospital itu adalah rakan mereka yang hilang semasa bertugas di Lautan India ketika tsunami membadai Bandar Aceh. Menurut laporan, selama ini ibu Abrip tidak pernah menganggap anaknya itu sudah meninggal dunia walaupun 17 tahun sudah berlalu walalupun tiada bukti atau peninggalan yang mengesahkan anaknya masih lagi hidup.
Apabila berita Abrip masih hidup sampai kepada keluarga Abrip, mereka diterbangkan ke Acheh untuk mengesahkan perkara ini. Abrip juga akan melalui ujian DNA dan ahli keluarganya percaya lelaki itu adalah Abrip Asep berdasarkan gambar-gambar yang dikirimkan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Sebahagian besar amaran tsunami di Pasifik ditarik balik
Ujian siren tsunami di Manjung esok
Sumber: Kompas