Dalam keadaan yang sukar ini, pelbagai isu yang tidak terjangka dek akal berlaku. Misalnya, kes penceraian semakin meningkat, pernikahan yang terpaksa dilakukan melalui atas talian, apa-apa jenis majlis tidak boleh dijalankan dan bermacam-macam lagi.
Lebih teruk lagi, apabila seorang pengguna Facebook meluahkan tentang isu dalam kain rumah tangganya secara umum ketika Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Februari.
Selepas komen tersebut tular, timbul satu kenyataan lain pula yang mengatakan penulisan tersebut adalah bukan darinya tapi dari suaminya yang menggunakan akaun fb milik isterinya.
Walaupun pada awalnya niat hanya untuk bergurau tapi bayangkan aib akaun wanita tersebut telah tersebar ke merata platform sehinggakan ada yang meletakkan kapsyen lucah.
Malangnya, si isteri terpaksa menanggung malu kerana komen tersebut sudah pun tular di media sosial. Malah, ramai yang datang ke laman profil si isteri semata-mata untuk stalk dan mengutuk.
Kini, menurut adik kepada wanita tersebut, kesihatan emosinya terganggu disebabkan sudah banyak page facebook mengata dirinya tentang isu ini sehinggakan dia terpaksa memadam akaun miliknya.
Berhati-hatilah menggunakan medium media sosial. Jangan sampai memakan diri! Semoga perkara ini dapat memberi kita pengajaran.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Saya Sihat, Kenapa Kamu Takut?” – Nak Teman Suami Tapi Enggan Ikut Polisi Hospital
Kesihatan Mental Bergantung Pada Kualiti Tidur
Sumber: twitter