Kool FM

Menangis Buat Swab Test, Lelaki Ini Nak Saman Jururawat!

Menitik air mata, terasa nyilu, batuk kecil dan hidung berair adalah perkara biasa selepas melakukan ujian swab test kerana rasa tidak selesa bendasing di masukkan ke dalam rongga hidung dan mulut.

Begitulah yang dilalui oleh seorang lelaki yang dikenali Syed Syafiq yang membuat ujian ini dengan seorang jururawat wanita tapi sesuatu telah berlaku apabila dia ingin mengeluarkan surat saman kepada jururawat tersebut kerana dikatakan melakukan ujian dengan kasar.

Menurut perbualan mereka dalam video pendek yang ditularkan oleh salah seorang pengguna twitter, lelaki tersebut mengalami batuk-batuk, bersin dan menangis kerana rasa terlalu sakit.

Pun begitu, warganet yang melihat video tersebut rata-rata menghentam lelaki tersebut. Antara kata-kata yang dilemparkan adalah lelaki tidak sejati.

Malah, lebih teruk lagi apabila ada warganet memberitahu pada ruangan komen bahawa Syed pernah melakukan perbedahan plastik bahagian hidung dan menyebabkan kesakitan lebih sakit dari biasa.

Image may contain: 1 person

Bagaimanapun, kejadian tersebut telah pun diselesaikan dengan cara yang baik. Berita ini dimuat naik di Instagram Syed sendiri.

Katanya dia sepatutnya lebih memahami tugasan jururawat ketika bekerja dalam keadaan tertekan dengan wabak berjangkit ini.

Saya benar-benar minta maaf  kerana bersikap kurang sopan dan tidak menghormati barisan hadapan. Saya akan belajar dari kesilapan dan menjadi individu yang lebih baik,”

Malah, dia turut meminta orang ramai supaya berhenti bercakap tentang dirinya yang bukan-bukan kerana ini adalah kesalahannya ketika proses menjadi dewasa.

Kan lebih baik jika kita selesaikan perkara dengan cara aman damai. Apa pun, moga semua frontliner terus kuat dalam berkhidmat untuk negara! Jangan keluar rumah jika tiada keperluan okay?

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

BCL Ditegur Doktor Kerana Lakukan Swab Test Sendiri

Betul Ke Prosedur ‘Swab Test’ Rasa Sakitnya Sampai Ke Otak? Ini Penjelasan Buat Anda

 

 

 

 

Sumber: twitter

Exit mobile version