Ibu bapa mentua adalah seorang individu istimewa buat para menantu kerana merekalah yang telah melahirkan dan membesarkan pasangan dan mereka seharusnya dihormati lebih lagi ibu mentua. Buat para wanita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga sudah pasti akan lakukan apa sahaja untuk ‘mengambil’ hati mentua seperti mengemas rumah, memasak dan apa-apa sahaja dalam urusan rumah.
Oleh sebab mahu menjaga hati mentua, seorang menantu berhati-hati dalam setiap tindakan mereka kerana risau keluarga mentua tidak suka atau tidak selesa dengan kehadiran mereka namun, tidak semua yang kita rancang menjadi kenytaan. Kejadian yang menimpa seorang wanita dari negara seberang telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet dan videonya telah menerima tonton lebih 3.5 juta.
Difahamkan wanita tersebut cuba untuk menjadi menantu idaman dengan membersihkan rumah mentuanya pada jam 2 pagi. Malang tidak berbau, niatnya itu bertukar menjadi tragedi apabila kabinet dapur yang menempatkan pinggan mangkuk runtuh dan telah menyebabkan pinggan mangkuk tersebut pecah dan berselerakan di lantai.
@bandarmaskerKesalahan yg sangat bodoh. ##RejekiWOW ##PUBGMB3AT ##menantu ##mertua ##menantudanmertua ##pasutri ##nikahmuda ##fypyuk ##pastifyp ##bantufyp? ##ohnoo♬ Oh No – Kreepa
Video yang dikongsikan milik Bandar Masker di TikTok membuatkan warganet tertanya-tanya bagaimana reaksi mentua wanita tersebut. Wanita itu berkata bahawa mentuanya tidak marah dan menyatakan nasob baik dirinya tidak mengalami apa-apa kecederaan. Memahaminya ibu mentua dia!
Ada yang bertanya bagaimana situasi itu berlaku, menurut wanita itu dia ingin memindahkan pinggan mangkuk yang telah dibasuh ke dalam kabinet namun secara tiba-tiba kabinet tersebut runtuh. Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan pinggan mangkuk pecah malah menyebabkan meja makan kaca mentuanya menjadi sumbing.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai komen dan reaksi terhadap peristiwa itu dan ada juga yang sempat berseloroh menyatakan nasib baik dia tidak dipecat sebagai menantu!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Cuba Bezakan Menantu Dulu & Menantu Sekarang, Lihat Apa Makcik Ni Respon
Wanita Ini Cari Menantu Suka TikTok, Ramai Tawarkan Diri
Sumber: TikTok Bandar Masker
