Kool FM

Mengamuk! Pemandu Simbah Air Kepada Jurutol

Tular sebuah kamera litar tertutup menunjukkan seorang pemandu lelaki menyimbah bungkusan air minuman kepada jurutol yang bertugas.

Kejadian tersebut berlaku di Tol Lebuhraya Kesas lebih kurang jam 9.12 pagi.

Selepas kejadian terbabit, pemandu lelaki yang menaiki kenderaan sedan jenama tempatan bernombor plat berdaftar VEN 7910 bewarna biru menyentuh kad Touch’nGo kemudian memecut laju meninggalkan tol tersebut.

 

Rakaman berdurasi 51 saat ditularkan oleh pengguna Instagram yang menggunakan nama @Ften.syfqh.

Bagaimanapun, punca masih lagi dalam siasatan polis dan berikut adalah keterangan lebih terperinci daripada pihak jurutol tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: instagram

Exit mobile version