Dalam zaman mudahnya tersebar sebarang maklumat di media sosial, kalau boleh kita mahukan maklumat yang kita dapat itu adalah sahih dan bukannya berita palsu. Lagi-lagi sekarang kita masih sedang berperang dengan wabak membunuh COVID-19, lagilah kita tak nak berita yang salah sampai kepada kita. Takut ia mempengaruhi sesetengah orang sehingga melakukan tindakan dan keputusan yang salah.
Kerajaan sedia maklum wujudkan golongan yang menolak penggunaan vaksin ini atas sebab mereka meragui isi kandungan dan juga kesan sampingan vaksin. Dalam pada itu, mereka yang berpengaruh dilihat ada menyampaikan dakwaan yang salah sehingga menimbulkan keraguan terhadap vaksin dalam kalangan pengikutnya. Terdahulu, Ustaz Zainul Asri, iaitu seorang penceramah bebas ada membuat dakwaan bahawa vaksin ini bahaya untuk diambil kerana boleh mengakibatkan maut dalam tempoh dua tahun selepas suntikan.
Assalamualaikum DS @drzul_albakri, penyampaian ustaz ini mendatangkan fitnah kepada agama. Apa tindakan keras kepada ugamawan yg sebar cerita fitnah tanpa sumber sahih? Penjelasan. https://t.co/wklCNdwbfb
— MR ???? (@maliqueredzuan) May 31, 2021
Dakwaan tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak, dan tentunya bagi mereka yang mahukan semua rakyat divaksin untuk keselamatan bersama menolak sekeras-kerasnya dakwaan ini. Bagaimanapun, menerusi perkembangan terbaharu, Ustaz Zainul Asri dilihat telah mengubah dan memperbetulkan kenyataan beliau.
Alhamdulillah, Sahibul Fadhilah Ustaz Zainol Asri telah mengeluarkan kenyataan terbaharu berkenaan isu vaksin COVID-19. Saya ucapkan terima kasih atas keterbukaan menerima pandangan kerajaan. Majma’ al-Fiqh al-Islami juga menerima kesemua jenis vaksin yg diiktiraf WHO. pic.twitter.com/BZTvGDwERN
— ?? Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) June 3, 2021
Selepas mendapat maklumat daripada pihak yang benar, Ustaz Zainul Asri telah menarik semula pendapat lamanya berkenaan vaksin dan menyeru agar orang ramai menyokong usaha kerajaan berkenaan vaksin. Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih buat Ustaz Zainul atas keterbukaan menerima pandangan kerajaan.
Saya juga ingin menarik perhatian Sahibus Samahah Datuk @drzul_albakri berkenaan hal ini agar ia dapat disebarkan seluasnya kerana sebelum ini kebanyakan yang menolak vaksin mengambil pendapat lama Ustaz Zainul Asri-hafizahullah-.
Alhamdulillah beliau telah ubah pandangannya. https://t.co/rj50Xk4gSz
— Mohammad Faeez Harith ????? (@H_Bakkaniy) June 3, 2021
Mengaku kesalahan dan menarik balik pertuturan palsu adalah sikap yang terpuji. Semoga sentiasa dirahmati serta diberikan kefahaman dan ilmu yang benar. https://t.co/h8VVRJPcYR
— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) June 3, 2021
Wargamaya yang lain juga tampil memanjatkan rasa syukur kerana kenyataan baharu Ustaz Zainul Asri ini akan memperbetulkan pandangan ramai pengikutnya berkenaan vaksin COVID-19. Sementara itu, Dr Zulkifli juga memaklumkan bahawa badan berautoriti fatwa dunia seperti Majma’ al-Fiqh al-Islami menerima semua jenis vaksin yang diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), maka isu kehalalan vaksin tidak lagi menjadi pertikaian.
