1 Mac lalu kanak-kanak sedang bertarung perasaan suka, gemuruh dan takut memasuki hari pertama ke sekolah setelah hampir setahun sekolah ditutup akibat wabak berbahaya, COVID-19.
Namun, lain pula cerita apabila sebuah penempatan anak-anak yatim mengalami masalah penyakit kulit. Perkara ini dikongsikan salah seorang pengguna Facebook, Ainie Haslinda Radzi.



Menurutnya, penyakit kulit tersebut adalah kudis buta dan kini semua tilam dan pakaian lama sudah dibuang untuk membasmi kuman gatal tersebut.
Jadi, mereka memerlukan sedikit dana untuk membeli semula pakaian, tilam, alat mandian dan perubatan untuk memulihkan anak-anak yatim tersebut.
“Paling muda dalam kalangan mereka adalah berusia lima bulan dan kesemuanya adalah 86 orang lelaki dan perempuan,” tulisnya ringkas pada posting tersebut.

Jika dalam kalangan pembaca Kool ingin menghulurkan bantuna, bolehlah salurkan wang ihsan menerusi akaun nombor yang tertera pada gambar berikut.

Semoga semua anak-anak yatim ini mendapat perubatan dan kemudahan asas yang mencukupi.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Bab Lapar Jangan Cari Pasal” – 11 Lelaki Mengamuk Di Restoran Sebab Tak Dapat Order Makanan
Jangan Tambah Garam, Gula, Kicap & Sos Dalam Makanan Bayi Usia 1 Tahun Kebawah!
Sumber: facebook