Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Meriah! Pelbagai Maskot Sambut Pelajar Pada Hari Pertama Persekolahan

today2 March 2021

Background

Semalam merupakan hari pertama persekolahan pelajar sekolah rendah selepas berbulan-bulan lamanya sekolah ditutup akibat wabak berbahaya, COVID-19.

Walaupun agak lewat, namun semalam kebanyakan pihak sekolah tetap menyambut kedatangan murid terutama untuk mereka yang buat kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah.

Pelbagai cara pihak sekolah lakukan untuk menarik pelajar di pintu pagar sekolah agar mereka tidak merasa sekolah adalah tempat yang menakutkan. Lihatlah sebuah video yang menunjukkan pelbagai maskot superhero yang menyambut pelajar.

Bukan itu saja, ada juga yang meletakkan maskot kartun Mickey Mouse dan dinosaur di hadapan pagar sekolah. Mesti pelajar suka datang sekolah pada hari seterusnya.

Image

Image

Image

Lebih lucu lagi apabila satu ciapan yang menunjukkan seorang guru sekolah melaram seperti pengantin untuk menyambut pelajar. Tidak tahu cara ini mengalakkan bapa ke sekolah atau anak, ihiks!

May be an image of ‎1 person, standing and ‎text that says "‎نورفزرین @nxrfxzrxxn 22h Replying to @k_izzuddin and @NikAmirul101 Ni sekolah my nephew. Cikgu pengantin yang sambut. Tak tahu nak tarik minat anak murid ke bapak murid. Jk. 1 6 17251 251 703‎"‎‎

Semoga usaha pihak sekolah ini dapat meningkatkan semangat pelajar untuk kembali ke sekolah. Syabas guru-guru!

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Kalah Suami Isteri” – Trend Khalwat Siber Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Membimbangkan!

Adakah DidikTV Dapat Membantu Pelajar Untuk Lebih Memahami? Ini Komen Guru Mengenainya

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post