Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

[VIDEO] “Minum Air!” – Tindakan Cristiano Ronaldo Saran Orang Ramai Minum Air ‘Putih’ Tular

today16 June 2021

Background

Tindakan bintang terkenal Juventus, Cristiano Ronaldo telah menarik perhatian orang ramai apabila dia mengalihkan dua botol minuman berkarbonat berjenama yang merupakan salah satu penaja rasmi. Ronaldo dilihat tidak senang duduk melihat minuman tersebut di atas meja ketika menghadiri sidang media Euro 2020 menjelang perlawanan pertama Portugal dalam kejohanan itu.

Ketika kejadian, Ronaldo dengan segera mengalihkan dua botol minuman berkarbonat tersebut ke tepi dan mengangkat botol air mineral sambil berkata ‘Agua’ (bahasa Portugis) yang bermaksud air sebagai isyarat kepada orang ramai untuk minum air kosong dan bukannya minum minuman manis. Klip video tersebut tular di media sosial dan mengundang banyak reaksi netizen seluruh dunia.

Artikel menarik lain: “Izinkan Saya Menguruskan Pasukan Kebangsaan” – TMJ Tawar Diri Pimpin Harimau Malaya

Pengurus Portugal, Fernando Santos juga hadir pada sidang media itu, tetapi beliau tidak mengikut tindakan Ronaldo. Sebagai rekod, minuman berkarbonat berjenama tersebut merupakan salah satu penaja rasmi untuk Euro 2020 dan kini nilai pasaran minum berkarbonat tersebut mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion) selepas tindakannya pada sidang media semalam.

Legenda Portugal itu yang menjaringkan dua gol lewat permainan ketika mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Hungary hari ini, secara tidak langsung memberi kesan kepada harga saham minum berkarbonat tersebut jatuh merundum daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen). Difahamkan pihak syarikat minum tersebut sudah mengeluarkan kenyataan bagi membalas tindakan Ronaldo apabila menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk memilih minuman mereka.

Pemain berusia 36 tahun itu akan menjadi pemain pertama yang tampil dalam lima Kejuaraan Euro berkata, dia mahu memberikan aksi terbaik dalam perlawanan pertama hingga yang terakhir. Difahamkan Ronaldo masih giat mengamalkan gaya hidup yang sihat, termasuklah amalan diet pemakanan yang seimbang dan menjalani rutin harian yang aktif. Untuk pengetahuan anda, antara menu kegemaran Ronaldo adalah makanan klasik orang Portugis iaitu Bacalhau à Brás yang terdiri daripada lapisan ikan kod, bawang, kentang nipis dan zaitun hitam di atas telur.

Baca juga: Achey Sedia Melakukan Apa Saja Untuk Ibunya Yang Sakit

Sumber: Twitter @football & Berita Harian 

Written by: Adinna


Previous post